Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 8, 2024 @ 7:31pm

“Bagi Pendapat Peribadi Saya, Rumah Pelac*ran Itu Perlu Ada” – Bahas Isu Ketagihan P*rno, Ramai Kritik Rosyam Nor

Pelakon popular, Rosyam Nor menjadi buah mulut ramai selepas menyuarakan pendapat peribadinya berhubung isu ketagihan melayari laman web lucah (porno) dalam kalangan masyarakat.

Menerusi siaran podcast Hitam Putih Kehidupan, Rosyam berkata pusat pelacuran itu perlu diwujudkan untuk mengelak bangsa asing yang berada di Malaysia menganggu golongan wanita.

“Sekarang ni pendatang yang datang kat negara kita ni ada lebih kurang 3 juta, bekerja dekat negara kita ni.

“Bini semua tinggal. Namanya pun ‘lelaki’, kalau dia tak ‘keluarkan’, dia nak tonjol kat mana?

“Dia tengok anak bini kita, anak dara kita lalu, silap-silap dia rogol anak dara kita. Dia boleh sampai ke tahap tu.

“Sebab benda ni bermain dengan otak. Mereka ni pun duduk sini bekerja tapi setiap malam tengok benda lucah juga.

“Jadi bila ada rumah pelacuran tu, sekurangnya dia pergi bayar dekat sana.

“Itu pandangan peribadi saya. Korang fikir sendirilah.. mungkin aku salah tapi mungkin aku betul,” ujarnya.

@suhanchannelofficial

Rumah pelacuran ni perlu?! 😱 EP 1 [PODCAST HITAM PUTIH KEHIDUPAN MUSIM 3] – PART 2 Full video di Youtube Suhan Channel & Usanita.🙌 #podcast #podcasthitamputihkehidupan #suhanchannel #rosyamnor #usanita

♬ original sound – Podcast Hitam Putih Kehidupan – Podcast Hitam Putih Kehidupan

Menjengah ke ruangan komen, pandangan peribadi Rosyam itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang rata-rata tidak bersetuju.

Namun begitu, ada juga segelintir pihak yang memandang isu tersebut dari sudut berbeza.

Rosyam Nor

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 594,000 tontonan, 23,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.

Sebelum ini, menerusi ruangan podcast yang sama Rosyam dikritik gara-gara memberi pendapat berhubung golongan ego wanita bekerjaya hilang hormat pada suami.

Artikel Berkaitan: “Isteri Bila Ada Duit Ego, Berlagak, & Mula Pandang Rendah Pada Suami” – Wanita Ada Duit Salah Satu Punca Perkahwinan Terlerai, Kenyataan Rosyam Nor Raih Pelbagai Respons Netizen

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 27 Mar 2018

Kejutan Pereka Popular Buat Siti Aafiyah

Bukan hanya persalinan rona hijau muda yang disarung Siti mendapat pujian malah gaun hijau yang dipakai oleh anaknya, Siti Aafiyah Khalid tidak kurang hebatnya. Sedondon ibu dan anak, comel sekali!

Events Thu, 1 Sep 2022
Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Hanna Delisha Hanya Rakan Sekerja, Syafiq Kyle Masih Solo!

Artis atau orang biasa, bagi saya masing-masing ada kelebihan. Saya tidak mahu bongkak cakap menolak jodoh dalam kalangan artis atau bukan. Sebab kita tidak tahu jodoh dengan siapa. Betul tu Syafiq, sabar dulu ya!

Trending Wed, 16 Jun 2021
Trending Mon, 21 Jun 2021

Kelulusan Automatik Moratorium Bagi Peniaga Tidak Boleh Beroperasi Sepanjang PKP 3.0

Kelulusan automatik moratorium buat mereka yang layak

Featured Mon, 7 Mar 2022

“Terima Kasih Marsha” – Akim Ahmad & Stacy Anam Tersentuh Hati Lihat Persembahan Marsha Milan di AJL 36

Tahniah buat Marsha, Akim dan Stacy atas kejayaan manis ini! #NaibJuaraAJL36 🥳