Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 8, 2024 @ 10:40pm

Tiada Niat Ingin Sebar Aib, Sharifah Shahirah Cuma Dah Tak Larat Beri Bantuan Kepada Aman Graseka

Ekoran tindakan berkongsi mesej pelakon Aman Graseka yang ingin meminta pertolongan di Instagram, pelakon dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah memberitahu dirinya tidak berniat untuk mengaibkan atau memalukan mana-mana pihak.

Menurutnya, dia tidak berkemampuan untuk menyalurkan bantuan secara terus-menerus kepada Aman.

Shahirah juga telah mendapat keizinan daripada Aman sendiri sebelum membuat perkongsian tersebut.

“Saya ada rasa was-was juga tapi saya tak kisah, tak rugo pun sebab saya transfer duit tak banyak”

“Sebenarnya niat saya bukan untuk mengaibkan walaupun ramai tuduh saya begitu. Sebab saya dah tak larat nak tolong… dia mendesak.

“Sewaktu bercuti di Dubai baru-baru ni pun, dia mesej saya berulang kali.

“Saya faham kalau orang susah dalam keadaan terdesak”, jelasnya.

Pada awalnya, Shahirah agak ragu-ragu dengan identiti sebenar Aman kerana bimbang ditipu.

Bagi mendapatkan kepastian, Shahirah menghantar mesej kepada Aman bagi mengenal pasti dirinya yang sebenar.

Lebih-lebih lagi, pada zaman sekarang, isu kena ‘scam’ seringkali terjadi.

Memetik laporan mStar, Shahirah berkata, rupa-rupanya ramai artis menerima mesej yang sama daripada Aman yang dikatakan menghadapi krisis kewangan.

“Saya ada mesej bertanyakan kepadanya sama ada dia adalah Aman yang sebenar atau tidak dan dia mengakui dirinya Aman Graseka.

“Malah dia meminta saya abaikan laporan berita di mStar yang mengatakan dia dan keluarga berada dalam keadaan baik.

“Saya rasa mungkin dia malu kerana siapa yang suka apabila orang kata kita meminta-minta. Kalau saya susah pun, saya malu kerana orang akan hina kita sekiranya kita meminta-minta,” ujarnya.

Susulan apa yang menimpa Aman, Shahirah meluahkan rasa simpati dan menaruh hasrat untuk bertemu dengannya untuk melihat sendiri keadaan keluarganya.

Malah, dia turut mendoakan agar Aman dilimpahkan rezeki serta diberi tawaran berlakon.

Sumber : mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 4 Sep 2022

Uyaina & Raja Syahiran Tak Sabar Tunggu Kelahiran Bayi Sulung

Wah!! Semoga dipermudahkan urusan buat Uyaina dan Syahiran.

Hiburan Thu, 13 Mar 2025
Featured Fri, 28 Feb 2025

“Benda Tu Memang Tak Benar” –  Shikin Nafi Emma Maembong Sudah Berkahwin

Shikin juga terkejut dengan berita tular menga.takan Emma sudah berkahwin.

Trending Sun, 24 Apr 2022
Featured Mon, 18 Oct 2021

KKM Mahu Bersemuka Dengan Kumpulan Antivaksin

Susulan kes kumpulan antivaksin, Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk bersemuka dengan kumpulan antivaksin bagi memberi fakta dan penerangan  berdasarkan kajian klinikal yang sahih. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, perjumpaan tersebut perlu […]

Hiburan Thu, 31 May 2018

Jangan Bimbang Keadaan Saya

Kali terakhir kelibat Melania dilihat dalam khalayak ramai, ialah pada 10 Mei lalu, ketika beliau menemani suaminya, Presiden Donald Trump untuk menyambut kepulangan tiga warga Amerika Syarikat yang ditahan di Korea Utara, di pangkalan tentera udara Andrews di Maryland.

Selebriti Mon, 31 Jul 2023

“Mak Tak Ada Waktu Nikah Kami Minggu Depan, Semua Siap Dah” – Shila Amzah

Sebaknya! Semoga Shila & Ubai kuat hadapi ujian ini 🤲

error: Content is protected !!