Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 9, 2024 @ 1:51pm

Azhar Sulaiman Dedah Terhutang Budi Dengan Bapa Zahirah Macwilson, Netizen Tampil Sokong! – “Pandai Je Orang Tu Cakap Sendu”

Pelakon Azhar Sulaiman mendedahkan bapa kepada aktres jelita, Zahirah Macwilson iaitu Zainol Macwilson merupakan orang yang membantunya ketika awal penglibatan dalam industri seni.

Menerusi hantarannya di Instagram, Azhar terhutang budi kepada Zainol yang menolongnya untuk mendapatkan tawaran berlakon filem pertamanya yang berjudul Riang Tirana.

“Your dad lah yang helped me to get my first film job, Riang Tirana under Feugo Films dulu, Zahirah.

“I owe him alot for opening the door for me.

“Her father like me a lot dulu sebab I seorang yang pendiam. Itulah rezeki bila orang dah suka kita,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyangkal kenyataan pelakon Fathia Latiff yang mengatakan Zainol pelakon ‘sendu’ malah memuji bakat lakonan dan kecantikan Zahirah.

“Ada orang kata bapa dia pelakon tak famous I was like what. Kau tak pernah tengok local English slot dulu ke. Semua bapa dia kot.

“Zaman dulu bapak dia pun famous lah. Pandai je orang tu cakap sendu.

“Lakonan dia superb, sangat berbakat dan natural beauty.

“Beza antara natural beauty and fake beauty. Beauty dia luar dalam. Lembut je orangnya,” komen netizen.

Terdahulu, Fathia memetik nama Zahirah semasa sesi ‘live’ dengan mengatakan rupanya seperti bibik dan turut menyindir bapanya, Zainol pelakon yang ‘sendu’.

ARTIKEL BERKAITAN: Fathia Latiff Petik Nama Zahirah Macwilson Di Sesi Live… Samakan Muka Macam Bibik, Dakwa Buat Bibir Di Australia?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Aretha Franklin Meninggal Dunia

Kesihatan penyanyi itu dilaporkan merosot sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan semalam keadaan mendiang bertambah teruk dan dilaporkan hanya menunggu masa.

Hiburan Tue, 21 Nov 2023
Hiburan Tue, 19 Dec 2023

Rahsiakan Perkahwinan? Michelle Yeoh Akhirnya Tunai Janji Kepada Ibu, Adakan Majlis Resepsi Di Ipoh

Gembira betul Datin Janet dapat rai perkahwinan anak tersayang🥰

Trending Tue, 2 Jun 2020

Tidak Perlu Pakai Pelitup Muka Di Semua Tempat, Bergantung Kepada Situasi- KKM

Kot ye pun nak patuh SOP tengok la situasi dulu..

Trending Wed, 29 Nov 2017

Jana pendapatan melalui Vending Machine ‘Boss Vend’

Ingin berniaga tetapi masih belum dapat mencari produk atau lokasi yang sesuai? Terbaru dilancarkan Vending Machine ‘Boss Vend’. Jom baca apa yang menarik

Hiburan Tue, 11 Jun 2019

#DramaRaya2019 : Hannah Delisha dan Aiman Hakim Bertemu Dalam Cruise Cinta Lebaran

Bila Hannah Delisha dan Aiman Hakim bertemu di dalam cruise ala Titanic..

Hiburan Wed, 24 Jun 2026

Rupanya ‘OBH Combi Sachet Uhuk Uhuk’ Jingle Iklan Ubat Batuk! Raih Lebih 12.3 Juta Tontonan, Jadi Fenomena Di Media Sosial

Jingle ubat batuk OBH Combi Sachet nyanyian Indonesia, Naykilla & Jemsii, menjadi tular di pelbagai platform digital serantau.

error: Content is protected !!