Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain January 12, 2024 @ 2:06pm

Naqiu Bakal Hiasi Konsert After Hours Hetty Koes Endang 24 Februari Ini!

Penyanyi dan komposer, Naqiu mengumumkan bakal menjadi penyanyi undangan di konsert penyanyi legenda Indonesia, After Hours With Hetty Koes Endang (AHHKE), pada 24 Februari ini.

Konsert anjuran pertama kali, Visual Print Sdn Bhd ini bakal menghimpunkan penyanyi yang mesra disapa Bunda bersama 1,000 penonton dengan konsep majlis makan malam ‘intimate’ di Grand Shah Alam, SACC.

Menurut Pengarah Eksekutif Visual Print Sdn Bhd, Anis Fathiah Abd Hamid, Naqiu dipilih sebulat suara kerana pesona persembahannya di atas pentas yang cukup bersesuaian dengan konsep dan tema acara AHHKE.

Malah, vokalis kumpulan Boboy yang sinonim dengan lagu Episod Cinta ini mempunyai penjiwaan yang sangat baik ketika menyanyi hingga seringkali mendapat pujian daripada Hetty Koes Endang yang juga juri tetap ASGV.

“Kami mencadangkan beberapa nama penyanyi tempatan bagi memeriahkan lagi malam AHHKE namun nama Naqiu menjadi pilihan utama kami dan juga Bunda.

“Mungkin impak daripada persembahan Naqiu yang menyanyikan lagu Kuda Hitam pada minggu kelapan ASGV hingga diperkatakan di semua platform sosial media juga menjadi tarikan utama kepada pemilihan juara Gegar Vaganza 6 (GV6) itu.

“Malah komitmen serta kemampuan Naqiu yang terkenal dengan gerak persembahan memukau setiap kali menyanyi adalah sebab utama kami memilih dia bagi menjadi penyanyi undangan malam 24 Februari nanti,” katanya.

Teruja bakal sepentas dengan penyanyi legenda Indonesia itu, Naqiu mengakui dirinya amat berbesar hati untuk memeriahkan konsert ‘intimate’ Hetty.

“Saya sangat bertuah dan pada masa yang sama saya rasa usaha saya tak sia-sia masa saya bawakan lagu Kuda Hitam tu. Sebab masa tu saya memang stress untuk bawa kelainan.

“Saya tak sangka ganjarannya itu saya dapat bekerjasama dengan Bunda dan kerap berjumpa dengannya untuk konsert ini sebab Bunda ni agak teliti orangnya. Saya rasa bukan semua boleh dapat peluang ni dan saya bertuah,” katanya.

Naqiu bakal menyampaikan lima lagu manakala Hetty Koes Endang selaku teraju utama menghiburkan peminat dengan 10 lagu.

Lebih menarik lagi, Hetty dan Naqiu juga akan berduet untuk beberapa lagu yang menjadi kejutan kepada hadirin kelak.

Selain Naqiu, konsert AHHKE turut menampilkan puteri Hetty Koes Endang, Afifah Yusuf selaku penyanyi undangan, Zul 2By2 dan Intan Maya (bekas anggota kumpulan The Girls) pada malam konsert nanti.

Orang ramai boleh membeli tiket dengan harga serendah RM288 sehingga RM988 di web www.tix-box.com, IG @tixboxmy atau hubungi hotline di talian 017-7118945.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 24 May 2023
Hiburan Fri, 20 Oct 2023

“Noorkhiriah Orang Pertama Bagi Saya Tudung Untuk Berhijrah” – Ieda Moin

Allahu bestnya ada kawan yang selalu support hijrah kita

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

James五月将再来马!宣传全新EP《The Light》

James五月将再来马!为他的全新EP《The Light》宣传。

Hiburan Fri, 30 Aug 2019

‘Netizen…Tolonglah’- Haqiem Rusli Nak Pesan Ni!

Kalau tak tahu…jangan buat apa-apa kenyataan dan menuduh saya!

Featured Thu, 20 Feb 2025

Dilantik Jadi Duta, Ummi Nazeera Terbuka Anak Ceburi Bidang Seni Dengan Syarat…

Ummi tidak memaksa namun, mahu anaknya fokus dan seimbang dalam pelajaran.

Events Fri, 11 Jan 2019

Rent a Boyfriend from Lazada this CNY to Shut those Nosy Aunties Up

Pick from hotties like Dennis Yin, Joseph Lee, Nigel Chin and more!

error: Content is protected !!