Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin January 5, 2024 @ 10:18am

Cipta Kenangan Manis Dengan Anuar Zain 40 Exclusive Up Close & Personal

Peminat dijemput secara eksklusif untuk terus mencipta momen manis bersama Anuar Zain melalui acara Anuar Zain 40 Exclusive Up Close & Personal.

Anuar Zain 40 Exclusive Up Close & Personal.dibuka secara eksklusif untuk mereka yang menghadiri AZ40 dan berdaftar melalui JioTix.

Dalam Anuar Zain 40 Exclusive Up Close & Personal.terdapat dua sejarah baharu akan dicipta bersama ‘Lelaki Ini.’

Ia bukan sahaja menjadi medan apresiasi dari Anuar Zain buat peminat yang selama ini menjadi tulang belakang kariernya sejak 40 tahun lalu tetapi Anuar Zain 40 Exclusive Up Close & Personal akan menjadi satu-satunya acara eksklusif bintang kesayangan ramai ini disamping meraikan ulang tahun ke-53-nya bersama anda semua.

Majlis istimewa ini dijadualkan berlangsung pada 17 Februari 2024, bermula jam 3 petang. di JioSpace, Petaling Jaya.

Anuar Zain 40 Exclusive Up Close & Personal didedikasikan untuk meraikan “Anuar Zain 40th Anniversary Concert” yang lalu dan bersempena bulan ulang tahun kelahiran Anuar Zain.

“Acara ini juga merupakan tanda terima kasih yang tulus atas sokongan tidak berbelah bahagi yang diterima sepanjang kerjayanya dalam industri muzik,” kata Ketua Pegawai Eksekutif JioBuddy, Sean Ng.

Bukan sekadar acara pertemuan biasa’, malah merupakan bonus berganda buat peminat yang berjaya mendapatkan tiket Anuar Zain 40 Exclusive Up Close & Personal ialah anda akan dihiburkan dengan 10 lagu daripada Anuar secara eksklusif!

Jangan lepaskan peluang untuk mencipta satu lagi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan bersama Anuar Zain 40 Exclusive Up Close & Personal.

Kepada peminat yang menghadiri Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang lalu, anda boleh mendapatkan tiket utama (priority tickets) ini bermula dari 5 Januari sehingga 9 Januari 2024, 11:59 malam dengan menyemak e-mel anda daripada JioTix.

Sila semak e-mel anda, kerana kami akan mengutamakan penghantaran e-mel kepada mereka yang menghadiri AZ40 untuk membeli tiket utama (priority tickets).

Tiket akan dibuka untuk pembelian umum pada 10 Januari 2024. Jadi, dapatkan tiket utama (priority tickets) anda dengan melayari pautan ini: https://www.jiotix.asia/.

Tiket dijual berdasarkan siapa cepat dia dapat, dan bilangannya sangat terhad.
Selepas pembelian, e-mel pengesahan akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan dengan JioTix. Tiket anda akan dihantar melalui e-mel ke akaun anda dua minggu sebelum tarikh acara.

Untuk setiap pembelian tiket VIP 1 (RM688), nikmati hadiah tambahan bernilai RM34 mata JioRewards, untuk sebuah malam yang tidak boleh dilupakan. Beli tiket VIP 2 (RM588), dan terima RM29 dalam mata JioRewards, manakala pembelian tiket Diamond (RM388) membawakan anda mata ganjaran bernilai RM19.

Ganjaran ini akan dipamerkan melalui akaun JioRewards anda selepas pembelian dan boleh diakses dengan butiran log masuk yang sama seperti JioTix (https://reward.jiobuddy.asia/). Mata terkumpul akan memberikan anda pelbagai peluang di JioSpace – berbelanja di kedai F&B yang menarik sehinggalah ke kedai lifestyle. JioRewards boleh digunakan mulai 8 Januari 2024.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian hotline tiket di 011-11900518.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 7 Nov 2019

张智成认「我本来就难搞」不怕被贴标签

睽违两年,张智成将推出专辑「你是不是张智成」,首支新曲《我本来就难搞》全球大首播!

Featured Fri, 27 Jan 2023

Rindu Suasana Makkah, Syafiqah Aina Dedah Penting Rakaman Video Biarpun Sibuk Beribadah

Usahawan serta pempengaruh, Syafiqah Aina mengakui betapa penting merekod video dalam mengabadikan momen terindah untuk diingati. @syafiqahainaofficialBila tengok balik video yg ada masyaAllah, mengalir air mata sbb terlalu rindu. Orang cakap “tkpayahla buat video, focus […]

Hiburan Fri, 21 Sep 2018

‘Kerana Hati, Sudah Dimiliki’, Elfira Loy Mengaku Dah Bertunang

Saya berkongsi sekeping foto pada majlis istimewa yang berlaku tahun ini. Saya sangat gembira, terharu dan tersentuh. Tahniah, El & pasangan!

Featured Wed, 18 Jan 2023

Main Badminton Bersama, Gelagat Syed Saddiq & Amelia Henderson Curi Tumpuan – “Dua-Dua Memang Super Competitive!”

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah bertemu bersama pelakon dan pengacara, Amelia Henderson menerusi sesi temu bual dalam podcast Studio Sembang, sebelum ini. Artikel Berkaitan: Syed Saddiq Dedah Tabiat Pelik […]

Hiburan Tue, 7 Nov 2023

Netizen Dakwa Anak Sakit Kerana Terima Balasan Dosa Kak KM, Empunya Badan Tempelak! – “Kepada Mulut-Mulut Bab*, Harap Doa Tu Berbalik Pada Kau”

Tak pernah sesekali merungut atas apa yang terjadi terhadap Baby Rania, Kak KM reda dengan dugaan Allah.

Featured Fri, 1 Aug 2025

Siap Ajak Masuk Kelab Malam, Syada Amzah Didakwa Perosak & Batu Api Rumah Tangga Pempengaruh?

Syada didakwa menjadi punca masalah rumah tangga Elcah dan suami.

error: Content is protected !!