Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie January 14, 2024 @ 3:02pm

Tak Layan Komen Netizen, Adira Lebih Utamakan Diri & Anak-Anak- “Saya Lebih Selesa Mengunci Mulut”

Penyanyi Adira Suhaimi masih berpegang teguh pada pendiriannya yang memilih untuk berpisah sebagai solusi kepada dilema rumah tangganya.

Terdahulu, Adira nekad mengambil keputusan untuk memfailkan perceraian terhadap suami, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red pada tahun lalu.

“Pendirian saya masih sama seperti sebelum ini, cuma pada tahun lalu saya naik semula ke mahkamah.

“Jadi, begitulah pendirian saya. Saya hanya hanya ikut apa sudah ditentukan.

“Saya tak boleh hendak komen apa-apa mengenai sebab atau punca saya berbuat demikian.

“Saya tak mahu cakap lebih-lebih mengenai perkara ini. Kalau boleh saya masih lagi mahu mengunci mulut dan itu juga yang saya lakukan sejak dahulu,” jelasnya.

Memetik laporan Berita Harian, dia lebih selesa untuk mengunci mulutnya dan enggan mendedahkan secara lanjut tentang konflik yang menimpa keluarganya.

“Saya cuma mahu fokus kepada hidup sendiri sahaja sebenarnya.

“Saya lebih selesa berdiam diri dan mengunci mulut selagi boleh.

“Hubungan dengan madu, saya tiada komen. Tapi, siapa yang baik dengan saya, insya-Allah saya akan buat lebih baik dengannya.

“Sekiranya ada pihak yang tak suka, saya tak layan sangat. Sesiapa yang hendak baik dengan saya, saya akan okay dan saya juga bukannya seorang yang suka bergaduh,” luahnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Ku Ada Kamu itu tidak kisah dengan komentar netizen yang melemparkan tohmahan terhadapnya.

Baginya, dia lebih menitikberatkan anak-anaknya.

“Saya cuma fokus kepada anak-anak dan rutin harian, malah saya juga tak ada masa untuk tengok semua itu.

“Anak-anak juga masih kecil, jadi kalau hendak berkongsi apa-apa mereka pun tak akan faham lagi.

“Tapi insya-Allah mereka akan mula faham perlahan-lahan,” katanya lagi.

Sumber : Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 Jun 2023

Mizie Kamis Tampil Dengan ‘Sampai Bila’

Lagu baru dari Mizie Kamis! 😍

#LaguXTRA Thu, 12 Oct 2023

#LaguXTRA: Hasif Upin Kongsi Lagu Mengenang Arwah Ibu, Akui Ada Kisah Tersendiri

Wahh min pun sedih dengar lagu all time fav Hasif Upin tu

Featured Fri, 9 Feb 2024
Hiburan Fri, 23 Jan 2026
Featured Sat, 29 Mar 2025

[VIDEO] Cari Tudung Bawal, Kelibat Tun Hasmah Disantuni Peniaga Curi Perhatian – “Sangat Humble & Berbudi Bahasa”

Tun Hasmah dilihat begitu mesra dan rendah hati berinteraksi dengan peniaga di sebuah butik tudung.

Hiburan Sun, 22 Feb 2026

Kecoh Dapur Jadinya Bila Ain Edruce & Amirul Bergelut Dalam ‘Resipi Serasi’

TV3 mempersembahkan Resipi Serasi, sebuah program yang lebih daripada sekadar masak-masak untuk berbuka.

Hiburan Sun, 16 Jun 2019

Mad August Jim首次为团员亲自下厨?团员直呼有阴谋

Mad August团员Jim特别为3位摇滚爸爸安排了日本餐提前庆祝父亲节!团员们受惊,觉得 Jim 有阴谋要作弄他们 。

error: Content is protected !!