Trending By: Syamir Shafie January 16, 2024 @ 3:17pm

Tak Kisah Berkudis Kaki Redah Lumpur Ke Sekolah, Dua Beradik Berkorban Demi Bergelar Polis & Guru – “Kami Tak Mahu Ketinggalan Pelajaran”

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Begitulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan kesanggupan serta kecekalan dua orang adika beradik yang rela meredah jalan berlumpur dan berselut sehingga kaki dijangkiti kudis semata-mata untuk sampai ke sekolah mereka demi menuntut ilmu.

Pengalaman yang dirasai oleh Darren Dinis dan adiknya Sheryl, masing-masing berusia 11 dan tujuh tahun sejak setahun lalu itu langsung tidak mematahkan semangat mereka untuk bergelar polis serta guru suatu hari nanti.

Memetik laporan Berita Harian, tatkala tiba musim tengkujuh, perjalanan ke sekolah menjadi lebih sukar kerana satu-satunya laluan dari Kampung Tampakahu menuju jalan besar akan dinaiki air yang mengambil masa untuk surut.

Lebih menyedihkan, mereka terpaksa ponteng sekolah akibat keadaan yang terlampau teruk.

“Kadang kala saya tak dapat ke sekolah kalau hujan lebat kerana laluan ke jalan utama dinaiki air. Jalan itu satu-satunya laluan menuju jalan besar.

“Dari rumah kami perlu jalan kaki sejauh tiga kilometer di laluan berlumpur sebelum tiba ke jalan besar. Dari situ barulah kami naik kenderaan ke sekolah,” katanya.

Difahamkan, penduduk di Kampung Tampakahu, terpaksa menempuh perjalanan sejauh 28 kilometer dari Pitas, utara Kota Kinabalu manakala sekolah terdekat pula adalah Sekolah Kebangsaan Senaja yang terletak 14 km dari pekan Pitas.

Akui sudah terbiasa dengan cabaran hidup di kawasan pedalaman, Darren bagaimanapun tidak senang duduk serta akan berasa gelisah jika dia gagal untuk hadir ke sekolah.

Baginya, pelajar adalah kunci utama untuk mengubah kehidupan dan mencapai cita-cita yang diimpikan.

“Sehari gagal hadir sekolah, saya dan adik Sherryl sudah ketinggalan mengikuti pembelajaran di sekolah.

“Saya tidak pernah ponteng sekolah, kecuali sakit atau hujan lebat menyebabkan jalan biasa kami guna digenangi air,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sherryl pula tidak kisah jika kakinya berkudis asalkan dia tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

” Ada kala saya redah juga jalan berlumpur sebab saya tak mahu ketinggalan pelajaran. Akibatnya kaki saya berkudis.

“Kudis ini lambat sembuh dan menyakitkan.

“Tapi kalau saya tidak harung air, berapa lama saya perlu tunggu air itu surut sedangkan itu saja jalan yang ada menghubungi kampung kami,” luahnya.

Sementara itu, ibu kepada dua beradik turut mengeluh dengan nasib keluarga mereka yang tidak berkemampuan untuk menyediakan kemudahan dan ruang belajar yang selesa buat anak-anak mereka.

Namun demikian, sebagai ibu bapa yang membesarkan dua orang anak yang pintar itu, mereka menaruh harapan yang tinggi untuk melihat Darren dan Sherryl cemerlang dalam pembelajaran serta berjaya dalam kehidupan.

“Kalau hendak dapat talian internet, kami perlu panjat pokok atau daki bukit di sekitar kampung.

” Hal ini memang mencabar, tapi kami tetap mahu anak-anak menjadi insan yang kuat semangat dalam pelajaran.

“Kerana itu dua anak kami duduk di asrama sebab sekolah di pekan lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan kerajaan untuk pelajar,” katanya.

Sumber : BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 4 Oct 2018

#herobombakami: Posting Terakhir Arwah Beri Bayangan Kematian

Al- Fatihah buat kesemua anggota bomba yang pergi meninggalkan kita. Semoga syurga buat kalian semua hendaknya, Insya Allah…

Hiburan Tue, 5 Sep 2023
Featured Sat, 24 Sep 2022

Selepas Dibayar Ribuan Ringgit Untuk ‘Paid Review’, Selebriti Popular Didakwa Mungkir Janji!?

Alamak! Siapa pulak ni? Tapi, dengar kata selebriti tu selalu buka slot ‘paid review’ dekat IG 🤨

Featured Fri, 7 Apr 2023

“I Said Yes” – Pergi Ambil Cincin, Shila Amzah Terima Lamaran Ubai Jadi Isteri?

Alhamdulillah benda baik buat apa nak tangguh lagi kan?