Hiburan By: Khairil Khusyairi May 12, 2024 @ 3:10pm

“Aku Takkan Halalkan Dunia Akhirat Apa Yang Kau Buat Dekat Isteri Aku” – Aliff Aziz

Aktor sensasi Aliff Aziz tampil memberi penjelasan mengenai kemelut rumah tangganya bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Menurut Aliff, dia mengakui khilafnya yang berlaku curang terhadap isterinya itu malah menyesali dengan musibah yang tidak henti menimpanya.

“Hanya kita saja yang tahu apa yang berlaku, mungkin pada waktu tersebut saya memang rasa jiwa saya kosong kerana saya tak dapat hargai apa yang saya ada.

“Saya tak dapat kawal diri daripada membuka ruang, benda itu memang salah. Ini adalah benda yang saya sangat kesali,” ujarnya kepada program hiburan popular TV3, Melodi.

Dalam pada itu, Aliff berasa kecewa apabila timbul kontroversi curang isterinya iaitu Bella Astillah bersama seorang pelakon lelaki baharu yang kecoh bulan lalu.

“Ada yang kata saya ketengahkan perkara ini (Bella curang) sebab saya nak menutup isu apa yang berlaku, tak ada benda apa yang saya nak sembunyi, cuma saya berasa tercabar, saya rasa sangat kecewa dipetik secara umum sedangkan antara saya dengan budak itu, tiada apa.

“Ini mungkin kifarah yang saya hadapi, panjang lebar tapi itu saja yang dia balas ‘ maaf sekali lagi, saya takkan kacau’ dan selepas itu dia pergi.

“Jangan try to call me out cakap ‘eh, kenapa kau ada nombor telefon aku, kau tak mahu contact’, kau buat hal dekat bini orang, aku sebagai suami nak kena contact kau? Dapat apa?

“Kepada semua orang yang rasa ‘Aliff dah buat salah banyak kali, bini kau baru curang sekali’. Bukan perkara itu, kau cakap sekadar mendengar keluhan.

“Kepada semua lelaki dan suami, biarpun aku ni bekas banduan, jahat macam mana sekalipun, ia tidak memberikan kau hak untuk apa yang kau buat, kau tahu apa yang kau buat, aku tahu apa yang kau buat, kau nak aku yang bagi tahu atau kau yang bagi tahu?

“Antara aku dengan kau tak ada apa melainkan nanti dekat sana, kalau betul gentleman, the next time somebody interview ‘cakap betul-betul apa yang kau buat’!

“I’m still a legal husband! Dalam keadaan ini, kau perlu tutup mulut. Ini berkenaan aku punya rumah tangga, yang kau masuk dalam situasi ini bukan sebab aku.

“You just shut up, aku takkan halalkan dunia akhirat apa yang kau buat dekat isteri aku,” tegas Aliff.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Apr 2019
Trending Thu, 3 Jun 2021
Featured Wed, 16 Aug 2023

[VIDEO] Gelagat Lisa Surihani Menari Curi Perhatian, Netizen Komen -“Dia Menari Pun Cantik, Tak Faham!”

Geram ek tengok Lisa ni, min sendiri tak faham cantik bethulll!💗💗💗💗

Featured Tue, 28 Mar 2023
Trending Thu, 24 May 2018

Minister of Defence Mat Sabu’s Home a Humble Abode

People are very much infatuated by the Minster of Defence’s humbleness.

Hiburan Sat, 6 Jan 2018

Hubungan Kami Setakat Di Sini Sahaja

Isma AF mengakui bahawa kini hubungannya bersama suami tidak dapat diselamatkan lagi.

Trending Fri, 28 May 2021
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

林文荪讨厌被叫错名!一句「专注事业」撇恋情

自去年夺下新马版《决战好声》冠军并正式签约大马环球音乐的林文荪,日前终于带着全新EP举办媒体发布会;谈及与车志立(车子)的绯闻,她回应说“目前专心在事业上,大家都还是朋友啦!“