Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 9, 2023 @ 4:22am

“Sebenarnya Saya Segan, Tapi…” – Dapat Pujian Anwar Ibrahim, Siti Nurhaliza Tonton Filem Sebelum Rakam OST Anwar: The Untold Story

Mustika hati rakyat Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menonton terlebih dahulu filem Anwar: The Untold Story sebelum merakamkan lagu tema berjudul Menjaga Cintamu.

Menurut Siti, dia mahu benar-benar menghayati isi serta jalan cerita karya berkenaan sebelum merakamkan runut bunyi hasil ciptaan komposer prolifik Indonesia, Andi Rianto dan lirik nukilan Sekar Ayu Asmara.

Anwar: The Untold Story merupakan naskhah yang menceritakan mengenai perjuangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kancah politik ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998.

“Sebelum rakam lagu tema, saya minta untuk menonton filem terbabit terlebih dahulu supaya boleh menghayatinya. Selepas saya tonton, barulah saya dapat mendalami jalan cerita dengan baik.

“Lagu ini dihasilkan untuk seorang tokoh hebat seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang banyak berkorban di samping isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sering bersabar dan banyak menahan perasaan sepanjang perjuangan mereka.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak produksi kerana memilih saya untuk menyampaikan lagu ini,” katanya kepada XTRA.

Siti ditemui usai majlis tayangan filem Anwar: The Untold Story anjuran DMY Creation di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur malam tadi.

Anggun mengenakan busana rekaan Ashraff Zainal, Siti hadir ke majlis tayangan filem berkenaan bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Menerima pujian Perdana Menteri yang tersentuh mendengar lagu tema terbabit, pelantun lagu Di Kayangan Kita ini terharu dengan respons baik yang diterima.

“Sebenarnya, saya segan, tapi rasa sangat bersyukur, Alhamdulillah. Maknanya usaha dan karya hasil ciptaan Andi Rianto yang dibuat khas untuk filem ini mencapai matlamatnya.

“Sejujurnya saya gementar, namun saya terharu dengan penerimaan dan maklum balas positif lagu ini.

“Insya-Allah, lagu ini bakal dimuatkan dalam album terbaharu saya yang bakal siap tahun ini,” katanya.

Filem sentuhan pengarah Indonesia Viva Westi itu dibintangi pelakon terkenal seperti Farid Kamil yang memegang watak utama sebagai Anwar dan Hasnul Rahmat (Tun Dr Mahathir Mohamad) dengan dibantu pelakon Indonesia seperti Acha Septriasa (Wan Azizah), Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Filem terbitan Bianglala Entertainment yang menelan belanja sebanyak RM10 juta bakal ditayangkan di panggung wayang seluruh negara pada 18 Mei ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sat, 24 Feb 2018

AWAS DENGAN PRODUK KECANTIKAN INI, ADA RACUN BERJADUAL RUPANYA!

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan.

Hiburan Mon, 23 Dec 2019

Muncul Juara GV6, Naqiu Simpan Hajat!

Tahniah Naqiu & Hady Mirza!

Hiburan Wed, 20 Mar 2019

李俊颉连续25天连续挑战 #不麻木生活

Victor李俊颉日前释出新歌《麻木》MV,独角戏演出现实中的自己,社交网挑战 25天不间断分享「不麻木生活」。

Featured Tue, 30 May 2023
Featured Sun, 1 Oct 2023

Konsert Setengah Lima Menuju Senja Parade Hujan X Sore Berjaya Buai Hampir 5,000 Peminat Malaysia!

Terbaik! konsert ni min memang kena hadir❤️‍🔥❤️‍🔥❤️‍🔥

Events Mon, 17 Dec 2018
error: Content is protected !!