Hiburan By: SGMS Faida April 30, 2019 @ 10:18am

Tiga Tahun Bersama, Khai Bahar Ucap Selamat Tinggal…

Penyanyi Khai Bahar akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada syarikat NAR yang selama ini menguruskan jadual seninya selama tiga tahun.

Khai ketika ditemui di majlis perpisahan yang dianjurkan oleh NAR Records malam tadi memberitahu dia sentiasa positif dalam hal ini.

“ Kontrak bersama syarikat NAR Records sudah tamat baru-baru ini dan saya mengambil keputusan untuk bergerak sendiri dalam menguruskan hal-hal berkaitan kerjaya seni.

“ Saya amat berterima kasih kepada pihak NAR yang banyak menaikkan nama saya sekaligus membantu saya menang pelbagai anugerah dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini,” katanya kepada XTRA.

Tidak pernah terlintas niat mahu melupakan jasa NAR, Khai Bahar juga melalui perbincangan secara sihat sebelum mengambil keputusan ini.

“ Pihak pengurusan sebelum ini tidak menghalang malah mereka turut mendoakan yang terbaik.

“ Hubungan kami masih baik dan tiada istilah saya keluar dalam keadaan bermasam muka. Semuanya baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui di majlis santai tajaan Tony Romas, Setia City Mall Setia Alam.

Dalam perkembangan lain, Khai yang kini bergerak di bawah pengurusan Khai Bahar Grateful Music Entertainment bakal tampil dengan album terbaharu yang berada di pasaran pada Ramadan ini.

“ Terdapat 11 buah lagu dalam album ini yang mana sebanyak lima buah lagu baharu di dalamnya.

“ Saya turut mencipta dua buah lagu baharu manakala dua lagu baharu duet bersama kumpulan pemuzik dari Indonesia, LidaVamp,” ujar Khai memaklumkan album ini dihasilkan di bawah label NAR Records.

Korang kena dengar lagu Air Mata yang merupakan single pertama Khai dalam album ini, terbaik tau!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 29 Jul 2023

Ernie Zakri Persoalkan Sikap Segelintir Pihak Suka Komen Menyakiti Hati Orang Lain – “Rasa Gempak Ke?”

Kalau tak mampu berkata yang baik baik, diam lagi bagus kan 😌 Hm sian Kak Ninie 💓🤗

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Featured Tue, 4 Oct 2022
Featured Sun, 21 May 2023
Kisah Viral Wed, 13 Sep 2023
Featured Wed, 15 Feb 2023

Pengeluaran Wang Simpanan KWSP Dijangka Undang Masalah – Menteri Ekonomi

Min pun taktau nak kata apa. Ramai yang masih berharap…

Hiburan Thu, 18 Aug 2022