Featured By: Salma Syahbuddin February 15, 2023 @ 9:03pm

Pengeluaran Wang Simpanan KWSP Dijangka Undang Masalah – Menteri Ekonomi

Pengeluaran sekali lagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka akan mengundang masalah terutamanya kepada pencarum yang sudah berusia.

Menterinya berkata, jika pengeluaran dibenarkan sama ada bersasar atau sebaliknya, ia boleh diibaratkan seperti mengambil ‘panadol’, kerana masalah mungkin selesai pada usia 30 hingga 40 tahun namun, ia ibarat seperti menggali ‘lubang’ ketika usia menginjak ke 50 tahun dan ke atas.

Menurut Rafizi Ramli, kesan pengeluaran KWSP ini akan memberi kesan jangka panjang terutamanya kepada pencarum dan ekonomi negara.

“Itu pendirian kita sekarang. Tanggungjawab kerajaan adalah memastikan bahawa rakyat ada jaringan keselamatan sosial yang baik,” katanya bagi mengulas mengenai pendirian kerajaan berkenaan desakan sesetengah pihak yang mahukan pengeluaran sekali lagi caruman KWSP,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Rafizi memaklumkan adalah lebih baik kerajaan membangunkan dasar berbentuk makro kerana ia bukan sahaja dapat memabantu dari segi kenaikan gaji pekerja tetapi juga menangani kos sara hidup yang semakin tinggi.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak membenarkan wang simpanan KWSP dikeluarkan lagi bagi menjamin masa depan persaraan pencarum.

Sebaliknya, memberikan pendapat bahawa kerajaan sedang mencari mekanisme lain tanpa memberi impak terhadap pencarum ketika bersara nanti.

Terdahulu, empat kemudahan pengeluaran KWSP yang dibenarkan kepada pencarum adalah,  i-Lestari, i-Sinar, i-Citra dan Pengeluaran Khas.

Pengeluaran ini dilaksanakan bagi membantu pencarum mendepani situasi luar biasa dalam meringankan beban kewangan terutamanya dalam fasa Covid-19.

 

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 29 Mar 2018

Bront Palarae Bakal Pindah Ke Jakarta?

Bront memberitahu, dirinya enggan membuat keputusan terburu-buru memandangkan banyak perkara perlu difikirkan sebelum melebarkan sayap ke Jakarta.

Trending Thu, 25 Jun 2020
Featured Thu, 12 Jan 2023

Warehouse Elrah Terbakar Angkara Khianat, El Azman Tawar RM100,000 Kepada Mereka Yang Menjumpai Pelaku

Usahawan El Azman menawarkan RM100,000 kepada sesiapa yang berjaya menjumpai individu yang bertanggungjawab melakukan khianat membakar warehouse Elrah. @elazman Minta kawan2 tolong share posting ni ye A Saya beri Ganjaran RM100,000 yang menjumpai perlaku jahat

Hiburan Fri, 8 Nov 2019

《搭错车》音乐剧班底 1119 吉隆坡办粉丝交流会

领衔主演《搭错车》音乐剧的「全民情歌天后」丁当、资深音乐剧演员王柏森以及歌手兼偶像剧男演员陈乃荣将率先在11月19日,来到吉隆坡举 办全马唯一一场的《搭错车》音乐剧-粉丝交流会!

Hiburan Thu, 4 Jan 2018

5 Sebab Kenapa Korang Wajib Layan “GOASEAN” Di Tonton!

Buat korang yang kaki travel, kaki lepak dan kaki makan, rugi la kalau korang tak tengok channel ni. Ini 5 sebab kenapa korang patut layan “GOASEAN” di tonton! 

Hiburan Thu, 15 Nov 2018

Kenapa Penyanyi Lagu Amalina Ini Terkilan Dengan Aliff Syukri ?

Jangan main-main dengan warna kulit tau, sensitif!

Trending Mon, 16 Nov 2020

| Live TV