Hiburan By: SGMS Faida April 11, 2018 @ 6:59am

Takkan Nak Tukar Nama Lagi? -Ayu Damit-

Juara program realiti One In A Million, Ayu Damit mengaku sejak namanya bertukar, beliau lebih sukar dikenali. Aik, kenapa agaknya jadi macamtu?

Kalau dulu, beliau lebih dikenali sebagai Ayu One In A Million namun penyanyi berusia 29 tahun ini mengambil keputusan untuk menukar nama komersialnya selepas berhijab.

“ Selepas bergelar juara OIAM, banyak perubahan yang berlaku dalam hidup Ayu. Saya juga mencipta nama menerusi program ini.

“ Namun, selepas bertahun menggunakan nama berkenaan, saya ambil keputusan tukar kepada nama sebenar sesuai dengan imej baru bertudung,” katanya kepada Harian Metro.

Ayu Damit bersama Ismaliza_tanty masih lagi aktif menyanyi.

Nama Ayu Damit digunakan dalam semua acara yang dihadiri termasuklah ketika menjayakan persembahan.

Namun begitu, entah di mana silapnya nama Ayu Damit seolah-olah tidak memberi impak sebagaimana di awal kemunculan Ayu satu ketika dahulu!

“ Kalau cakap Ayu OIAM, baru mereka tahu. Sedangkan saya masih orang sama.

” Kalau menghadiri sebarang acara mereka lebih suka memanggil saya dengan Ayu OIAM. Saya okey saja dengan nama itu, tetapi buat masa sekarang saya selesa dengan nama sebenar. Takkan saya nak tukar nama lagi kan?,” katanya.

Tak apalah Ayu, yang penting Ayu OIAM dan Ayu Damit adalah orang yang sama. Suara dan bakat Ayu masih diperlukan kerana Ayu antara penyanyi yang memiliki bakat berkualiti!

Ayu yang kini fokus dalam dunia perniagaan memberitahu beliau ingin menghasilkan single terbaru jika diizinkan, Insha Allah. Sama-sama kita doa Ayu terus dimurahkan rezeki dan dapatlah kita dengar lagu Ayu tak lama lagi!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 26 Aug 2019
Hiburan Mon, 7 May 2018

Tak Dapat Serang Kakak, Instagram Adik Jadi Mangsa…

Segelintir peminatnya pula meminta aktres itu menutup ruangan komen bagi mengelakkan perbelahan berterusan.

Hiburan Mon, 11 Jun 2018

Sibuk Bekerja, Remy Ishak Belum Sedia Kahwin?

Tempoh ini mematangkan kami berdua. Waktu inilah kami dapat menguji diri sendiri sama ada sudah bersedia sebelum melangkah ke fasa seterusnya…Insha Allah, semuanya akan baik-baik sahaja Remy.

Hiburan Fri, 25 Jan 2019

Bekas Personaliti TV Terkenal Bakal Disaman?

Dalam masa sama, seorang lagi individu lain yang tidak didedahkan identitinya turut berdepan saman serupa kerana terbabit dalam penyebaran video fitnah berkenaan.

Featured Tue, 15 Aug 2023

Badan Masih Kuat, Cef Wan Tak Mahu Serina Teman Jalani Kemoterapi… Syukur Sel Kanser Belum Serang Organ

Sebagai anak, saya boleh tinggal semua benda dan berada di sisi papa – Serina

Hiburan Fri, 12 Jan 2018

“嫲嫲”李香琴淡近照曝光 行动不便定期做治疗

现年85岁的李香琴在2010年拍摄《公主驾到》期间意外晕倒后,就开始淡出娱乐圈,有传患上脑退化及高血压,多次在家中跌倒,导致行动不便,至今已有6年的时间,直到近期港媒公开了她的近况,让剧迷直呼想再看嫲嫲演戏。