Hiburan By: Khairil Khusyairi May 12, 2024 @ 5:20pm

“Bella Minta Cerai Tapi Dia Tarik Balik Sebelum Saya Shooting Dengan Ruhainies” – Aliff Aziz

Aktor kontroversi, Aliff Aziz menjelaskan permohonan cerai yang dibuatnya terhadap isterinya yang juga pelakon dan penyanyi, Bella Astillah adalah benar.

Menurut Aliff, dia ada berbuat demikian (minta cerai) sebelum terpalit dengan kes penangkapan khalwat bersama aktres sensasi, Ruhainies pada awal Mac lalu.

Dalam masa sama, aktor kelahiran Singapura itu turut mempersoalkan kenyataan Bella Astillah berkenaan isu tersebut ketika disoal media tempoh hari.

“Memang betul pun benda itu berlaku, kalau Bella nak cerita, cerita penuh, dia kata ‘Aliff dah tak ada perasaan waktu itu’. Ya, perkara itu berlaku, tapi kenapa tak cakap cerita yang berlaku sebelum itu sewaktu saya tengah usaha perbaiki, tetapi saya tak diterima.

“Saya ada bukti, jangan kita gunakan ‘rumah tangga hancur disebabkan Aliff shooting dengan sifulan-sifulan’. Benda ini berlaku sebelum saya shooting lagi.

“Macam saya kata tak sampai hati tengok Umi saya cakap fasal dia, kenapa tak nak cakap? Sepanjang lapan tahun perkahwinan, saya pernah dihalau dari rumah Umi, dia (Bella) salah waktu itu walaupun saya anak kerana saya menangkan anak menantu,” ujarnya kepada program hiburan popular TV3, Melodi.

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi kronologi keretakan rumah tangganya dimana Bella Astillah pernah meminta cerai terhadapnya beberapa kali namun Bella menarik balik.

“Kenapa tak nak cakap Bella pernah minta cerai lepas itu dia tarik balik, waktu dia tarik balik saya dalam keadaan terkilan. Ada pertelingkahan. Memang betul kami ada pergi ‘staycation’ tapi benda itu berlaku pada bulan Disember.

“Saya shooting bulan Januari, perceraian yang dia minta bulan Februari, dan dia tarik balik pun sebelum saya shooting dengan Ruhainies. Jadi sebenarnya daripada tempoh bulan November itu memang dah goyah.

“Kami mencuba untuk perbaiki namun ia tidak menjadi sampailah benda kecil pun minta cerai,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Bella mendedahkan, suaminya, Aliff Aziz meminta untuk bercerai secara tiba-tiba sejak Februari lalu dengan alasan sudah tiada perasaan sayang terhadapnya.

Sekadar info, kemelut rumah tangga Bella dan Aliff bermula selepas Aliff ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di sebuah kondominium mewah, Pavillion Suites pada 9 Mac lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Tiba-Tiba Nak Cerai Lepas Habis ‘Shooting’

Ikuti Channel rasmi XTRA di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

Akhirnya Impian Tertangguh 2 Tahun Bakal Direalisasikan – Liza Hanim

Siapa yang tak kenal dengan LIza Hanim? Memiliki kekuatan vokal yang mantap meletakkan Liza Hanim berada dalam kelas tersendiri. Walaupun agak lama menyepi, pemenang Vokal Terbaik pada Anugerah Juara Lagu ke-17 menerusi lagu Gelisah Mimpi […]

Hiburan Wed, 7 Aug 2019

Dakwaan Jadi Perampas, Nina Iskandar Jawab Netizen!

Apa boleh saya katakan, kami mula berkawan rapat dan hubungan mula serius selepas perkara ini selesai…

Featured Fri, 23 Dec 2022

Ibu Fatimah Omar The Family UK Kesal Suami Difitnah Kahwin Dua – “Saya Bukan Anti-Poligami, Cuma…”

Allah, kesiannya. Sebab tu la pentingnya english education 😵‍💫 Luahan perasan isteri yang menghargai suami jadi salah faham ramai pula… Hmm

Hiburan Mon, 9 Sep 2019
Featured Fri, 18 Mar 2022

“President TikTok Tak Berkelip Mata” – Wawa Zainal Jadi Snow White Malaysia, Aeril Zafrel Terpegun!

Beri laluan beri laluan, Pasangan Sejoli nak lalu ni boh 😂 Hihi.. Untungnya Wawa Zainal 😍

Trending Sat, 29 Jan 2022

‘Milik’ Papar Transisi Kedewasaan Irfan Haris

Setahun tidak muncul dengan sebarang produk, penyanyi Irfan Haris muncul dengan single terbaharu berjudul Milik. Single yang berentak pop moden ini telah dicipta oleh Irfan sendiri bersama barisan komposer-komposer terkemuka tanah air seperti Mike Chan, […]