Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi March 11, 2023 @ 12:41pm

“Terlalu Mudah Bersangka Baik & Percayakan Orang…” – Sering Dikhianati, Fazura Ambil Iktibar Isu Pecah Amanah

Pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura mengakui kes pecah amanah yang berlaku dalam syarikatnya oleh beberapa kakitangan telah menjadi satu teladan yang mendalam kepada dirinya.

Menurut Fazura, kes tersebut membabitkan jumlah wang yang banyak dan telah menyerahkan segala laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Betul memang ada kes pecah amanah yang sangat berat. Saya tak boleh nak komen panjang sebab masih dalam siasatan.. saya serahkan sepenuhnya kepada polis.

“Melibatkan kakitangan separuh masa, pecah amanah yang melibatkan amaun sangat besar. Tapi ini salah satunya, ada banyak lagi kes pecah amanah dengan orang berbeza.

“Bukan nak buka aib, tapi bila seseorang dah melanggar undang-undang, dan ni kes khianat juga jadi biar pihak berkuasa jadi,” jelasnya.

Meskipun enggan mendedahkan kes tersebut secara terperinci, Fazura tidak menyangka perkara tersebut terjadi namun mengakui atas kekhilafan dirinya yang mudah mempercayai orang lain.

Perkara yang berlaku ini membuatkan Fazura lebih skeptikal dalam memilih pekerja yang akan bernaung di bawah syarikatnya itu.

“Kejadian ini berlaku ketika Faz Feztival. Sejujurnya, saya sangat sedih, saya tak nak menghukum sesiapa tapi ini adalah satu pengajaran setimpal buat saya.

“Dia bekerja di outlet saya sendiri tapi tak sangka perkara ini terjadi. Manusiakan… Bila dh ternampak duit jadi tamak dan tak fikir panjang.

“Semestinya saya akan lebih berhati hati untuk memilih pekerja…,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, Fazura berkata sejak kes pecah amanah sering berlaku dalam kehidupannya, aktres Manisnya Cinta Di Cappadocia ini mengakui susah untuk memberi kepercayan meskipun kepada rakan baik sendiri.

“Baru-baru ini banyak saya lalui kejadian seperti ini dengan pekerja ke, kawan-kawan.. saya tak boleh percaya sesiapa tak kisah sama ada individu itu kawan kawan kita.

“Saya sentiasa percaya orang, bersangka baik. Itulah silap saya. Saya tak menyesali bila selalu bersangka baik dengan orang tapi apa yang jadi ni beri pengajaran.

“Dari awal lagi saya sentiasa ikhlas dan berniat baik untuk membantu semua. Saya sayang kawan kawan saya. Tapi bila dikhianati sudah tentunya saya rasa hampa dan bersedih.

“Tapi apapun saya sangat bersyukur kerana akhirnya Allah tunjuk pada saya kebenaranNya dan selepas ini saya akan lebih berhati-hati,” akhrinya ketika ditemui di majlis pelancaran koleksi Tudung Aidilfitri Fazura 2023 di ibu kota.

Terdahulu, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini pernah membuat laporan polis mengenai kes pecah amanah yang berlaku pada Ogos tahun lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 2 Apr 2022
Hiburan Mon, 24 Feb 2020

[VIDEO] Macam Majlis Kahwin! Sekitar Majlis Aqiqah Anak Anzalna Nasir Yang Gah

Family En.Nasir ni memang cantik belaka semuanya kan?

Hiburan Thu, 20 Feb 2025
Featured Thu, 6 Apr 2023
Hiburan Tue, 20 May 2025

Hina Siargao Akan Musnah Dilanda Taufan, Ben Amir Naik Angin – “Manusia Memang Suka Cakap Benda B*doh”

Ben Amir tempelak individu tak sensitif dakwa Pulau Siargao, Filipina kena taufan

Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Serina Bakal Berdepan Hukuman Penjara?

Serina telah melanggar perintah persetujuan apabila membenarkan anak mereka, Tristan Tareef O’luanaigh, 7 tahun dan Isabella Safiyya O’luanaigh, 6 tahun bermalam sebilik dengan Chef Wan di kediaman bekas bapa mertuanya itu pada 3 Disember lalu.

Featured Tue, 29 Jul 2025

Wany Hasrita Pilih Berlari & Scuba Diving Sebagai Terapi Diri – “Ini Cara Saya Reset Fikiran”

Berlari dan menyelam skuba dapat meningkatkan staminanya sebagai penyanyi.

Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Tiada Anak Alasan Berpisah, Deja Moss Reda

Saya sedia bermadu tapi entahlah…yang pastinya apa yang boleh saya katakan adalah mungkin kami sudah tiada jodoh.

error: Content is protected !!