Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi January 18, 2024 @ 9:23pm

Rakam & Jual Puluhan Klip Video Luc*h Dengan Lebih 20 Wanita, Duda ‘Gila Seks’ Akhirnya Ditahan 

Seorang ‘gigolo’ tempatan ditahan kerana merakam dan menjual puluhan video lucah beliau bersama lebih 20 wanita, termasuk mereka yang mengupahnya untuk khidmat seks.

Menurut laporan media, siasatan polis mendapati klip video berkenaan dilanggan oleh lebih 2,600 warga tempatan yang membayar antara RM20 dan RM100 sebulan sebagai yuran untuk menontonnya dalam talian.

“Semua pelanggan aplikasi itu adalah daripada golongan lelaki gersang dan wanita kesunyian yang memiliki kerjaya dalam bidang profesional seperti doktor, usahawan dan sektor korporat,” kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Suspek berusia 31 tahun menjual video itu di media sosial sejak Julai lalu sebelum dicekup di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, pada jam 2.30 petang semalam.

Dalam serbuan sama polis menahan dua teman wanita suspek, masing-masing berusia 23 dan 27 tahun, yang turut terlibat dalam aksi seks video yang dijual kepada orang ramai.

Bapa suspek terbabit antara yang turut menginap rumah itu.

Video lucah

Datuk Seri Mohd Shuhaily berkata suspek lelaki itu dikesan melalui maklumat dan hasil risikan JSJ Bukit Aman.

“Siasatan awal mendapati suspek utama yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai memulakan aktiviti menjual dan mempromosikan ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial sejak awal tahun lalu.

“Namun untuk mengaut keuntungan lebih tinggi, suspek kemudian mempelajari cara merakam video lucah bersama teman wanitanya sebelum menjual klip video adegan berkenaan dalam tiga saluran media sosial sejak Julai tahun lalu.

“Tidak hanya teman wanitanya, suspek juga yang disyaki mempunyai latar belakang seorang gigolo (diupah untuk khidmat seks). Siasatan mendapati beliau merakam aksi seksnya meniduri sekumpulan wanita yang dikenalinya menerusi media sosial untuk dijual,” katanya

Datuk Seri Mohd Shuhaily berkata setelah pembayaran dibuat oleh pelanggan untuk menonton klip video itu, suspek akan menghantar pautan kepada pelanggan untuk menonton video lucah yang dirakam itu.

“Pada masa ini suspek dan dua teman wanitanya yang ditahan turut dikesan melakonkan aksi lucah dalam video seks yang dijual. Selain itu, kami berusaha mengesan wanita lain yang turut terbabit dalam puluhan rakaman video yang dikesan,” kata Datuk Seri Mohd Shuhaily.

“Polis menemui kesemua aksi rakaman suspek melalui rampasan lima telefon bimbit milik suspek dan dua teman wanitanya selain dua kad ATM yang digunakan sebagai akaun langganan,” katanya.

Pagi tadi, suspek bersama dua teman wanitanya direman selama lima hari oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 (1)(e) Kanun Keseksaan atas kesalahan mempromosi aktiviti seks untuk mendapatkan keuntungan dan boleh dihukum penjara selama 19 tahun, sebatan dan denda sekiranya disabitkan kesalahan.

Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan rangkaian telekomunikasi.

Sumber: Buletin Utama & Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Apr 2018

Farah Nabilah Kesian Pada Teman Lelaki?

Walau bagaimanapun. Farah tidak pernah berdendam dengan bekas kekasihnya kerana berada dalam kelompok rakan yang sama.

Featured Wed, 11 Feb 2026

“Baby L You Are My Biggest Blessing”- Bakal Bergelar Ibu, Eyka Farhana Mohon Doa Peminat

Eyka terharu atas rezeki yang hadir dalam hidupnya sepanjang tahun 2025 hingga 2026 yang disifatkan cukup indah dan di luar jangkaan.

Trending Fri, 10 Jan 2020

Woman Had “Pubic Hair” On Her Face Because Doctor Took A Skin From Her Groin As Emergency Measure

If you think you are having a bad day, try to put yourself in her shoes.

Hiburan Tue, 25 Feb 2020
Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Amrita Soon Launches Second EP Called “Familiar Strangers”

There will be a launching party in February too!

Hiburan Wed, 23 Jan 2019

Video Hari Terakhir Mila Di Makkah Buat Netizen Sebak

Ustaz ada beritahu saya, kita mampu datang ke sini bukan sebab kita banyak duit tapi sebab Allah jemput kita datang…

Featured Sun, 6 Feb 2022
Hiburan Thu, 24 Jan 2019

Azharina Lega Tiket Konsert Laku Macam Jual Goreng Pisang Panas!

Alhamdulillah…Jom ke konsert Nina pada 29 Jun di Royale Theatre Shah Alam, Selangor!

error: Content is protected !!