Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi January 23, 2024 @ 6:17pm

Dedah Derita Sakit Kanser, Sajat Mohon Maaf Pada Semua Pihak – “Takut Tak Sempat, Saya Tunggu Mati Je…”

Usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman mendedahkan dirinya kini menghidap penyakit kanser.

Sajat memaklumkan perkara tersebut menerusi sesi siaran langsung yang disunting di aplikasi TikTok.

Dalam pada itu, Sajat yang kini menetap di Australia memohon maaf kepada semua pihak, bimbang sekiranya dia tidak sempat memohon keampunan.

“Sajat sebenarnya sakit awak.. sakit kanser. Tunggu mati je awak.

“Kalau saya tak sempat minta maaf, saya minta maaf lah eh, sakit awak kita..” katanya.

Menerusi video lain, Sajat berkata dia tidak pernah mengganggu atau menyusahkan orang lain meskipun derita kanser.

Sementara itu, Sajat juga berharap agar netizen tidak perlu bersedih kerana dia tetap akan terus berhibur meskipun menghidap kanser.

“Saya dah kata walaupun saya sakit kanser, saya tak pernah kacau orang.. saya tak pernah kacau rakan-rakan saya.

“Korang tak perlu rasa sedih, cukup-cukuplah. Selagi saya boleh berhibur, saya berseronok.

“Kalau tiba-tiba dah senyap, saya dah tak ada…,” ujarnya yang tidak dapat menghabiskan ayat lantas terus menangis.

Bagaimanapun, Sajat tidak mendedahkan secara terperinci jenis kanser yang dihidapnya.

Menjengah ke ruangan balas, ternyata perkongsian Sajat itu membuatkan ramai pengikutnya terkesan sehingga mereka turut memohon maaf kepada Sajat.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 650,000 tontonan, 20,000 tanda suka dan lebih 600 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jan 2024
Hiburan Wed, 1 Feb 2023
Featured Sun, 28 Apr 2024

“Biawak Hidup! Daripada Kahwin Sampai Cerai, Satu Haram Pun Tak Bagi” – Luah Rasa Berang, Ubai MZ Tujukan Kepada Siapa Tu?

Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.

Featured Thu, 15 Dec 2022

Isteri Ebit Lew Keguguran Anak Kelima – “Allah Uji Sebab Sayang…”

Allahuakbar. Semoga kuat menjalani ujian ini dan segera diberikan kesembuhan

Hiburan Wed, 12 Jun 2024
error: Content is protected !!