Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir January 24, 2024 @ 2:23pm

“Iya Saya Dan Fuad Masih LDR” – Farah Lee Perjelas Sebab Tinggal Berasingan Dengan Suami

Personaliti media sosial dan aktivis, Farah Lee masih tinggal berasingan dengan suaminya, Fuad Hashim selepas mendirikan rumah tangga pada 5 Januari lalu.

Menerusi hantarannya di Instastory, Farah atau nama sebenar Nurfarahin Romli, 32, ingin memberi ruang untuk beradaptasi dengan kehidupan berkahwin.

Selain itu, dia tidak mahu berlaku perubahan terlalu drastik buat anak perempuannya, Maream Esaabel untuk menyesuaikan diri.

“Back home to these two. Iya saya dan Fuad in long distance relationship (ldr) at the moment (atm).

“Giving ourselves space to adapt with married life, tak nak the change too drastic especially for Maream. Must not be easy for her so we take things slow inshaAllah,” jelasnya.

Terdahulu, Farah memaklumkan sejak tahun 2023 dia mula berdoa agar dapat menamatkan zaman jandanya pada tahun 2024 selepas 7 tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, Farah pernah mendirikan rumah tangga bersama personaliti televisyen, Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun bercerai pada 17 Ogos 2016.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Maream Esaabel yang kini berusia 9 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Travel 40 Buah Negara Demi #Daddybermatabiru, Farah Lee Akhirnya Kongsi Detik Perkenalan Dengan Suami – “Ingatkan Jatuh Kuda Je, Rupanya Terjatuh Cinta Sekali”

ARTIKEL BERKAITAN: “All The Best Daddy” – Ucap Farah Lee Kepada Ally Iskandar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 5 Mar 2018

Intan Liana DiTawar Menjadi Duta Produk

Hilang suami di sisi bukan kerana dipinta tetapi Tuhan berikan hikmah dimana mendapat beberapa tawaran untuk menjadi duta produk.

Featured Thu, 10 Mar 2022

Keperluan Vaksinasi Merentas Negeri Kini Dimansuhkan – PM

Boleh rentas negeri walau tanpa suntikan booster dan…

Hiburan Sun, 26 Jan 2020
Hiburan Thu, 1 Aug 2019
Hiburan Sat, 13 Dec 2025

Rezeki Tidak Disangka! Ernie Zakri Curi Perhatian Tampil Ringkas Terima Trofi Bintang Paling Popular ABPBH37, Ini Penjelasan Empunya Badan

Ernie Zakri bergegas kembali semula ke lokasi acara ABPBH37, terpaksa berlari akibat jalan sesak

Hiburan Thu, 2 Nov 2023
Hiburan Tue, 12 Sep 2023

Selepas Filem Nota, Pasangan Suami Isteri Hasilkan magiK

Yasu & Bea Tanaka tampil dengan magiK!

error: Content is protected !!