Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 14, 2024 @ 4:20pm

Adi Putra Akui Drama Lelaki Itu Penuh Emosi, Pilih Karya Erma Fatima Sebagai Dedikasi Buat Arwah Ibu

Aktor popular, Datuk Adi Putra berkongsi cabarannya menggalas watak utama dalam drama terbaharu di Slot Samarinda TV3, iaitu Lelaki Itu.

Bercakap kepada XTRA, Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putra Halim menyifatkan wataknya dalam Lelaki Itu adalah berat kerana bermain dengan emosi.

“Secara jujurnya watak ini memang berat, bukan saja dari segi penampilan yang mewah dan hidup yang kebaratan tetapi dia bermain dengan emosi yang berbeza.

“Saya boleh katakan ia watak yang berbeza personalitinya tetapi semua ada sebab tersendiri. Untuk tak kelihatan stereotaip, saya cuba pelbagaikan supaya penonton dapat menilai.

“Saya rasa cerita ini tak akan membosankan di mata penonton kerana realitinya ada disitu,” katanya ketika ditemui.

Ditanya mengapakah memilih drama arahan Nur Sharif itu, ini jawapan teraju utama filem epik Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.

“Sebab saya memilih karya ini adalah kerana dedikasi saya khusus buat arwah ibu saya yang pemergiannya tahun lalu. Beliau adalah peminat nombor satu saya.

“Yang kedua saya terima sebab sudah lama saya tak dapat naskah daripada produser, Erma Fatima. Itu juga sebab saya ambil tawaran ini.

“Saya bersedia dengan kritikan kerana manusia tidak sempurna, saya ambil ia sebagai positif dan bersangka baik. Saya bersedia untuk hiburkan penonton,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adi turut mengakui terbit emosi dan rindu apabila berada di set penggambaran selepas kehilangan ibu tercinta.

“Emosi itu pasti ada, kerinduan juga ada.

“Pemergian dia juga ketika saya berangkat ke Tanah Suci dan selepas itu saya dah masuk set penggambaran.

“Jadi bohong kalau kata saya tidak ada perasaan rindu, kerinduan ini sampai bila-bila. Apa yang saya inginkan adalah arwah ibu saya tersenyum.

“Saya tak nafikan dia adalah peminat nombor satu saya yang sentiasa menyokong sejak saya berjinak dalam dunia lakonan,” tutupnya.

Lelaki Itu bakal menemui penonton di Slot Samarinda TV3 bermula 19 Mac depan setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 10 malam.

Lelaki Itu menampilkan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Nabila Huda, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fazura, Hannah Delisha, Nadia Brian, Aedy Ashraf dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Jul 2018

Ariana Grande – Pete Davidson Kahwin Dua Minggu Lagi?

Portal CNN Entertainment melaporkan pasangan ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Trending Wed, 24 Jan 2024

Simpati dengan Arwah Bella, Ebit Lew Imamkan Solat Jenazah & Hulurkan Sumbangan Buat Ahli Keluarga

Terima kasih Ustaz! Takziah buat keluarga semoga arwah Bella dalam kalangan orang beriman.

Featured Tue, 8 Apr 2025
Hiburan Wed, 6 Nov 2019

桐瑶为你还原一代陨落巨星—邓丽君的经典音乐

这个12月就让我们一起在云顶云星剧场共婵娟,让邓丽君首首经典歌曲代表你的心!

Featured Thu, 19 Aug 2021

PN Setuju Secara Bersyarat Namakan Ismail Sabri Sebagai Perdana Menteri

Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju mencalonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri yang baharu secara bersyarat. Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sokongan itu […]

Featured Wed, 6 Jun 2018

Kerana Risaukan Keselamatan Anaknya Yang Dijaga Oleh Bekas Suami, Janet Jackson Hubungi Polis

Janet telah menelefon pihak polis selepas bimbang dengan keselamatan anak lelakinya Eissa.

Filem Sun, 14 Sep 2025
error: Content is protected !!