Euforia Bola 2026
Drama By: Khairil Khusyairi January 29, 2024 @ 8:17pm

Ummi Nazeera Dedah Karakter Salina Dalam ‘Rindu Kasih 2’ Lagi Mencabar – “Kali Ini Dia Seorang Ibu Dan Lebih Kuat Tapi…”

Pelakon Ummi Nazeera berkongsi cabaran dalam menjayakan drama hits terbitan TV3, Rindu Kasih 2.

Bercakap kepada XTRA, Ummi yang memegang watak Salina menceritakan karakter seorang Salina itu tidaklah mudah seperti yang diperlihatkan pada musim pertama.

“Salina memang seorang wanita yang sangat malang. Selepas satu demi satu cabaran yang dia hadap tapi kini Salina bukan macam dahulu.

“Kali ini dia seorang ibu dan lebih kuat tapi dia ada satu kelemahan iaitu seorang anak.

“Walaupun dia seorang yang kuat, dia tak benarkan orang buli dia tapi kalau melibatkan anak, dia akan jadi seorang yang lemah, putus asa dan kalah.

“Jadi itulah cabaran saya dalam Rindu Kasih 2,” ujarnya kepada XTRA.

Lebih mengujakan, drama 20 episod arahan Pali Yahya itu turut menjalankan penggambaran di Tanah Suci Arab.

Menurut Ummi, dia merasakan babak yang dilakonkannya di Tanah Suci itu sangat mudah tanpa rasa seolah-olah dipaksa demi menghidupkan watak Salina itu sendiri.

“Dalam musim ini juga ada babak Salina di Tanah Suci Makkah.

“Bagi saya, bila saya jayakan babak tersebut, saya tak perlu paksa pun, dia datang dengan semula jadinya. Mungkin sebab persekitaran juga.

“Bila berada di sana, saya merasakan perasaan yang sangat sayu, untuk saya masukkan karakter Salina dalam diri saya itu sangat mudah.

“17 hari di sana, macam-macam yang kita hadapi sebagai satu pasukan. Tapi kami berjaya buat semuanya dengan lancar.

“Ia pengalaman yang sangat menarik, Alhamdulillah saya gembira sangat,” kongsinya teruja.

Ujar Ummi lagi, dia menjayakan musim kedua ini dengan penuh minat dan teruja dalam memastikan Rindu Kasih 2 punyai kejutan yang diluar ekspektasi penonton.

Malah, Ummi sendiri beranggapan Rindu Kasih 2 lebih menarik.

“Untuk musim kali ini, saya tak fokus pada tekanan, saya lebihkan kepada minat dan keterujaan saya untuk bawa karakter ini.

“Sebenarnya apabila saya baca skrip, ia menaikkan semua karakter saya dan setiap babak yang saya buat itu sangat penting.

“Bagi saya sebagai pelakon sendiri apabila baca skrip saya rasa musim kedua ini lagi best,” tutupnya.

Untuk info, Rindu Kasih 2 bakal ditayangkan di Slot Samarinda jam 10 malam bermula 13 Februari depan.

Rindu Kasih 2 membariskan pelakon asal seperti Ummi Nazeera, Izzue Islam, Fazlina Ahmad Daud, Ezzaty Abdullah, Nafiz Muaz dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

主持人小玉首次担岗舞台剧《鬼同你结婚》 女角

主持人小玉跨界舞台剧!首次担岗「败坏文青」梁文聪舞台剧《鬼同你结婚》 女角。

Kisah Viral Tue, 10 Feb 2026

Didakwa Mencanang Kemelut Rumah Tangga Kak Nona, Kak KM Luah Rasa Kecewa – “Jangan Petik Nama Saya”

Kak KM kecewa apabila dia dituduh mencanang kemelut rumah tangga Kak Nona.

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

Dekorasi Rumah Lebih Penting Berbanding Baju

Setiap kali menjelang raya kami memang sakan dalam hal dekorasi rumah. Orang lain akan fikir mengenai baju, tas tangan dan barang kemas. Kami pula lebih pentingkan langsir dan karpet,

Hiburan Thu, 21 Sep 2023
Featured Thu, 22 Jul 2021

Video Kebenaran Rentas Negeri Bagi Individu Lengkap 2 Dos Vaksin Tular, Ini Respons KKM

Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan kenyataan petikan video berdurasi 20 saat yang menunjukkan seolah-olah kerajaan memberi kebenaran untuk rentas negeri dan daerah bagi mereka yang telah lengkap menerima dos vaksin, seperti yang sedang tular di media […]

error: Content is protected !!