Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari February 1, 2024 @ 5:29pm

“Kadang Aku Tengah B*gel Anak Main Buka Je, Tak Ke Terkejut!” – Isu Premis Larang Bawa Kanak-Kanak, Fara Mendoza ‘Back Up’ Butik Viral

Sebelum ini, adik beradik Syida Melvin dan Syafiqa Melvin menyelar tindakan serta meluahkan rasa kesal terhadap sebuah butik pakaian yang melarang kanak-kanak untuk memasuki premis tersebut mendapat perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Syida, Syafiqa Melvin Luah Rasa Kesal… Butik Pakaian Larang Kanak-Kanak Masuk Kedai? Pihak Premis Tampil Perjelas – “Tolong Hormat Peraturan Kami”

Susulan itu, pempengaruh Fara Mendoza pula tampil membuka mulut dan mempertahankan tindakan butik pakaian tersebut.

Katanya, dia telah menyewa pakaian di butik tersebut selama lima tahun dan mengakui dilayan dengan baik oleh mereka.

Malah, dia juga berpendapat bahawa untuk menghormati peraturan butik tersebut kerana pernah berdepan insiden di mana kanak-kanak tidak terkawal dan mengganggu.

“Aku ni tiap tiap tahun sewa baju kat dia dah 5 tahun elok je weh. Tak pernah ade masalah pun! Elok je dia layan. Dah memang rules dia tak boleh bawak budak. Kau kena la ikut!

“Kadang-kadang anak-anak main tarik-tarik baju. Mak bapak buat bodoh je. Kadang-kadang aku tengah bogel anak-anak main bukak je. Tak ke aku terkejut beruk!

“Memang perlu rules macam ni sebab orang nak pilih baju bagai. Sesak tahu tak bila ada anak-anak kadang-kadang tak boleh kawal.

“Cerita dia apa pun rules kedai kau kena ikut! Tak kesahlah kau nak bawak sales 1 juta pun dah memang rules kena ikut!! Tak perlu pertikaikan.

“Kalau dia bagi kau masuk tak adil arr untuk orang lain yang suami tunggu berjam-jam bergilir-gilir jaga anak dalam kereta tu! Paham?!!” tulisnya di Instagram Stories (IGS).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Drama Tue, 1 Apr 2025

Tampilkan Lakonan Hebat Faizal Hussein, ‘Pondok Abuya’ Bakal Meruntun Jiwa

Telefilem Pondok Abuya bakal meruntun jiwa penonton.

Trending Wed, 20 Jan 2021

“Alhamdulillah, My Super Yam” – Fizo Omar Bersyukur Anak Kini Bebas Covid-19

Umum mengetahui, pada 5 Januari lalu pelakon, Fizo Omar mendedahkan bahawa bekas isterinya, Mawar dan anaknya Maryam telah disahkan positif COVID-19. Namun, menerusi hantaran Instagramnya hari ini, Fizo memaklumkan berita gembira apabila anaknya, Maryam kini […]

Hiburan Mon, 8 May 2023
#tilljannah Sat, 6 May 2023

Shuib, Watie Sah Bertunang… Majlis Nikah Berlangsung Pada 23 Jun 2023

Wah Alhamdulillah! Selamat bertunang Shuib & Watie! Semoga segala urusan untuk majlis pernikahan akan dipermudahkan ❤️❤️

Featured Thu, 2 Jan 2025
Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Perbualan WhatsApp, Anak Ozlynn Terima Pujian Solat & Mengaji Di Masjid

Pelakon Ozlynn berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama anak sulungnya, Ahmad Ariq dimuat naik di Instagram.   View this post on Instagram   A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) Menerusi hantaran terbabit, Ariq […]

error: Content is protected !!