Euforia Bola 2026
Trending By: Maya Basir February 3, 2024 @ 1:18pm

Pecah Rekod! 80,000 Pek Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming ‘Licin’ Dalam Masa 3 Minit 39 Saat

Usahawan dan pempengaruh popular, Khairul Aming mencipta sejarah apabila produk keduanya, Dendeng Nyet Berapi ‘sold out’ dalam tempoh tiga minat 39 saat sebaik sahaja dilancarkan di TikTok Shop, malam tadi.

Menerusi hantarannya di Instagram, Khairul atau nama sebenar Khairul Amin Kamarulzaman, 32, mengumumkan sebanyak 80,000 pek Dendeng Nyet Berapi telah habis dijual.

Menurut Creator of The Year TikTok Awards Malaysia 2023 ini, produk kedua yang dilancarkan secara rasmi pada jam 9 malam tadi merupakan genap tiga tahun produk pertamanya, Sambal Nyet Berapi dijual.

“Pasukan kami bekerja kuat untuk bangunkan produk ini. Saya amat terharu dengan sokongan anda,” ujarnya semasa siaran langsung sempena jualan 2.2 di TikTok Shop, semalam.

Dendeng yang dijual dalam pek pada harga RM14.90 itu mendapat sambutan luar biasa apabila habis dijual dalam masa singkat.

Pencapaian tersebut juga merupakan rekod baharu dalam sejarah TikTok Shop sebagai platform jualan dalam talian di Malaysia.

Selain itu, sesi siaran langsung Khairul juga melakar sejarah baharu apabila meraih lebih 3.3 juta tontonan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 15 Sep 2022
Hiburan Wed, 2 Apr 2025
Hiburan Mon, 26 Jan 2026
Featured Thu, 9 Apr 2026

Kongsi Pantun ‘Deep’, Jefri Nichol Anggap Fedtri Yahya Kelakar – “Tak Nak Kerja Lah Esok”

Nichol menyifatkan pantun yang dihasilkan oleh pengacara program, Malaysia Hari Ini itu sebagai menghiburkan dan mencuit hati.

Selebriti Thu, 23 May 2024
error: Content is protected !!