Euforia Bola 2026
Konsert By: Afiq Kandi February 6, 2024 @ 4:36pm

Kembali Gegarkan Malaysia, D’Masiv Cinta Sampai Kuala Lumpur Pikat Hati Lebih 5,000 Peminat

Kumpulan muzik popular Indonesia, D’Masiv kembali dengan konsert ‘Cinta Sampai di Kuala Lumpur’ dan telah memikat lebih 5,000 peminat di Megastar Arena Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Acara malam itu dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh Tam Spider yang menyampaikan empat buah lagu iaitu Tapi Bagaimana, Aladin, Relaku Pujuk dan Bila Nak Saksi.

Seterusnya, D’Masiv memulakan persembahan mereka dengan santai menerusi salah satu lagu yang paling mereka gemari iaitu, ‘Rindu Setengah Mati’.

@xtra_my Kalau korang legend, korang mesti tahu tajuk lagu ni 😎 Malamni min lanje korang konsert D’Masiv baik punye🤘🏼🔥 #fyp #xtramy #dmasiv #konsert #dmasivcintasampaidikualalumpur #kualalumpur #beritaditiktok #rindusetengahmati #sembangentertainment ♬ original sound – XTRA

Konsert yang berlangsung selama 120 minit itu turut memuatkan sebanyak 19 buah lagu hits D’Masiv antaranya seperti lagu Di Antara Kalian, Cinta Sampai Di Sini, Merindukanmu dan Pergilah Kasih.

Semasa menyampaikan lagu terakhir mereka di konsert terbabit, kemeriahan berlaku ketika mereka mendendangkan lagu Cinta Ini Membunuhku apabila seluruh dewan diterangi oleh cahaya lampu suluh telefon.

Sekadar info, D’Masiv merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Indonesia yang bertapak di Jakarta, terdiri daripada vokalis Rian Ekky Pradipta, pemain gitar Dwiki Aditya Marsall dan Nurul Damar Ramadan, pemain bass Rayyi Kurniawan dan Iskandar Dinata dan pemain dram Wahyu Piadji.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 22 Mar 2023

Penonton Puas ‘Bergalau’ Di Konsert Nidji x Budi Doremi!

Memang syok habis konsert Nidji x Budi Doremi masa Ahad haritu!

Featured Mon, 16 Jan 2023

Fasa Pertama ‘Konsert Journey To The Future’ Shila Amzah Jelajah 6 Lokasi

Wowwww! Bestnyaaaa! Korang berjaya beli tiket tak pagi tadi? 💃

Featured Fri, 30 Dec 2022

Mimpi Jadi Kenyataan! Kugiran Masdo Kongsi Pentas Bersama The Changcuters, Hiburkan Hampir 2,000 Peminat!

Kugiran Masdo dan The Changchuters menghiburkan hampir 2,000 peminat di konsert Kugiran Masdo x The Changcuters yang berlangsung meriah di Zepp, Kuala Lumpur, malam tadi. Menurut Ali, kolaborasi tersebut adalah salah satu impian Kugiran Masdo […]

Events Mon, 28 Jul 2025

Rabbani Letak Syarat Tegas, Pihak Penganjur Janji Konsert Lebih Teratur

Rabbani juga tegas soal memilih pihak oenganjur untuk konsert mereka.

Konsert Tue, 12 Sep 2023
error: Content is protected !!