Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 9, 2024 @ 11:11am

Dakwaan Jalin Hubungan Cinta Dengan Penyanyi Berstatus Isteri Orang, Anwar Hamzah Akui Tertekan – “Saya Hanya Mahu Cari Rezeki”

Selepas dituduh menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi popular, Ernie Zakri, pemuzik, Anwar Hamzah mengakui dia berasa sedikit tertekan dengan dakwaan tersebut.

Katanya memetik laporan Gempak, tuduhan tersebut sama sekali tidak berasas, malah kehadirannya dalam industri muzik bukanlah untuk menganggu rumah tangga orang lain melainkan hanya mahu mencari rezeki.

“Sebenarnya saya adalah tertekan, tapi dalam industri ni saya hanya mahu mencari rezeki jadi saya buat tak tahu sahaja.

“Jadi lepas ni kalau ada lagi DM yang diterima, saya akan abaikan sahaja,” katanya.

Berkongsi lanjut, Amir memaklumkan, tujuan dia berkongsi tangkap layar pesanan daripada individu yang menuduhnya mempunyai hubungan sulit dengan Ernie adalah disebabakan dia takut perkara tersebut menjadi lebih besar.

Justeru, bagi meredakan salah faham,  pihaknya juga sudah menghubungi Ernie dan Syamel memandangkan sebelum ini pelantun lagu Gundah itu juga sudah memberikan kenyataan.

“Sebelum ini saya keluarkan screenshot DM itu sebab saya taknak perkara ini jadi lebih besar.

“Dan untuk masa sekarang, dia dah tak ada kacau lagi dan semua juga sudah clear dengan penjelasan Ernie.

“Saya sudah menghubungi pihak Ernie dan Syamel dan mereka juga meminta saya untuk tidak memberikan apa-apa kenyataan  kerana sumber sudah pun clear,” ulasnya.

Sebelum ini, Anwar yang terkenal dengan petikan gitar akustiknya itu pernah bekerjasama dengan Ernie, namun muncul individu yang tidak dikenali menuduhnya meminati Ernie dek kerana sering mengenakan pakaian berona sedondon.

Terdahulu, Ernie ketika ditemui XTRA  pada sesi Meet & Greet Paling Ikonik AJL 38 yang diadakan di Pasar Seni, baru-baru ini menyifatkan, individu berkenaan mempunyai masalah mental kerana kerap mengambil tahu tentang kehidupannya dan suami, Syamel.

“Saya kalau boleh tak nak bagi highlight pun dekat perkara ni because membuang masa dan tenaga saya untuk berkata-kata.

“Saya memang sudah diganggu oleh individu ini sudah beberapa tahun jadi I don’t think that he or she deserve my comment at all because I don’t want to know yang mereka wujud.

“Anwar pun dapat benda yang sama. Mesej-mesej, menuduh-nuduh dan fitnah sana sini. Pada saya orang itu sakit jadi kenapa saya nak layan orang-orang yang kurang berakal ni.

“Kami termasuk Syamel pun diganggu dengan orang yang sama juga. Bila dapat tahu dari pihak Anwar pun kami selalu dapat. Jadi apa yang kami sampaikan kepada Anwar hanya relax dan jangan buat apa-apa.

“Pada saya, orang ni kurang sihat kerana dia ada masa menggali tentang segala kehidupan saya, kehidupan lampau saya dan Syamel. Tuduhan-tuduhan itu sangat tidak berasas dan kelakar sebenarnya,” ujarnya.

 

Sumber: Gempak

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 15 Nov 2023
Hiburan Mon, 27 Jan 2025
Hiburan Wed, 18 May 2022
Fab Foodies! Mon, 25 Jun 2018

Masyuk…Tawaran Gaji Lebih Tinggi Untuk Penebar Roti Canai Tempatan

Gaji itu sama dengan gaji pekerja asing yang kita berikan malah ada tukang masak pekerja asing menerima gaji mencecah RM7,000 sebulan.

Hiburan Sun, 21 Jan 2018

《小孩不笨》童星洪赐健要结婚啦!

新加坡演员洪赐健2002年以梁智强执导的电影《小孩不笨》系列和《跑吧!孩子》爆红;16年后的他,在IG宣布即将成为人夫,晒与女友的婚纱照,感性告白:“距离婚礼只有42天,但我已迫不及待地想和你度过一生。”

Featured Thu, 13 Mar 2025

Asyik Bercinta! Ameera Khan Sedia ‘Hadiah’ Istimewa Buat Jefri Nichol

Hadiah berjenama mewah itu tertera pangkal huruf ‘A’ mewakili namanya.

error: Content is protected !!