Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops November 26, 2018 @ 3:00pm

Betulkah Perbuatan Menanggalkan Makeup Mata Boleh Menyebabkan Kedutan? Ini Jawapannya

Maskara kalis air memang menyenangkan hidup, tapi nak tanggalkannya punyalah payah!

Tisu pencuci makeup tak semestinya berkesan. Guna sabun, nanti buihnya masuk mata. Tak kiralah apa jua teknik yang anda pakai, anda mesti terpaksa tarik-tarik dan gosok-gosok kulit di bahagian mata anda yang halus itu.

Oleh sebab perbuatan ini selalunya dilakukan secara berlebihan, anda pernah tak terfikir yang ia juga boleh mengakibatkan kedutan di mata?

Pakar kulit Melissa Levin dan makeup artist Allan Avendaño ada memberikan nasihat dan pendapat mereka tentang hal ini.

“Gosokan yang berulang dan kasar, tak kiralah dengan tangan, kapas ataupun berus elektrik Clarisonic, bukan saja boleh mengoyakkan penghalang kulit (skin barrier). Ia juga boleh mewujudkan saluran darah halus dan menambahkan iritasi,” kata Melissa.

Lagi banyak gosokan yang anda lakukan, lebih banyaklah kulit nipis di sekeliling mata anda diregangkan. Protein elastin yang berstruktur di bahagian itu pun akan musnah.

Foto: Shape Magazine

Dia berkata lagi, “Cara yang saya selalu syorkan adalah dengan menuangkan sedikit cecair pencuci makeup pada kapas, dan letakkannya pada mata selama 30 saat. Biar produk pencuci itu ‘membuat kerja’ dan kemudian baru sapu dengan perlahan dan lembut.

“Untuk kesan-kesan maskara yang tertinggal, gunakan putik kapas lembut untuk bersihkan mata. Akhir sekali, cuci muka dengan cleanser.

Melissa mencadangkan anda guna bi-phase makeup remover dan micellar water. Sekarang ini dia gemar pakai Cetaphil Gentle Waterproof Makeup Remover.

Allan pula, yang menyolek selebriti seperti Camila Cabello, Vanessa Hudgens, dan Zendaya, percaya pada produk Perancis popular, Bioderma.

“Jika saya perlu menukar makeup mata seseorang itu, saya cuma perlu sapu sekali saja dan maskaranya pun tertanggal.

“Bioderma memang boleh menanggalkan makeup dengan pantas. Sapu saja dengan perlahan hingga muka bebas makeup,” kata Allan.

Dia juga mengesyorkan anda pakai pencuci muka yang berasaskan minyak. “Hasilnya kulit anda bersih tapi anda takkan rasa macam kelembapannya hilang.”

Foto: L’Oreal Paris

Bila anda dah betul-betul cuci kesemua kesan makeup pada kulit, Melissa cadangkan anda sambung rutin pencucian muka ini dengan krim mata.

“Saya tak pernah beritahu orang yang krim mata akan menghilangkan kedutan ketara yang sedia ada, atau pigmentasi atau urat biru di bawah mata.

“Tapi sesetengah krim mata boleh bina semula barrier kulit,” katanya. “Cuci muka anda pagi dan malam dan langkah seterusnya patut melibatkan krim mata.”

Sumber: Elle

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 18 May 2020

Atuk segak, cucu comel bergaya

Kedua-duanya untung ada pereka dalaman

Cahaya Mata Tue, 9 Nov 2021

Gara-Gara Teruja, Syamel Umum Jantina Anak Sulung… Bakal Timang Baby Girl!

Penyanyi Syamel secara tidak sengaja mendedahkan jantina anak sulungnya yang dijangka lahir pada Mac 2022 kerana terlalu teruja untuk membuat persembahan di atas pentas. Syamel atau nama sebenarnya Syamel Aqmal Mohd Fodzly, 28, mengumumkan dia […]

Acara Thu, 26 Jul 2018

Booth Hijab & Heels Tawar Banyak Aktiviti Dan Hadiah Menarik. Jom Serbu!

Booth HIjab & Heels menawarkan pelbagai hadiah menarik serta aktiviti yang pasti mengujakan semua!

#tilljannah Wed, 7 Dec 2022

Sweet! Netizen Puji Cara Eboy Arbaain Jawab Soalan Asyallie Ahmad -“Suka Tengok Cara Suami Dia Bercakap…”

Baru-baru ini pempengaruh, Asyallie Ahmad atau lebih dikenali sebagai Asya memuat naik sebuah perkongsian di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai. Menerusi hantaran tersebut, Asya sedang meluahkan perasaannya kepada suaminya iaitu Eboy Arbaain yang […]

error: Content is protected !!