Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 14, 2024 @ 11:22am

“Saya Memang Anak Kampung Dan Saya Bangga”-  Uyaina Arshad Selar Tindakan Netizen Mulut Jahat

Pelakon dan pengacara popular, Uyaina Arshad menyelar tindakan segelintir netizen yang menggelarnya sebagai ‘kampung’ dek kerana hadir ke konsert UK’S dan Slam, baru-baru ini.

Katanya, menjadi anak kampung bukanlah sesuatu yang memalukan, malah dia berbangga menjadi anak jati Kuala Kangsar, Perak.

“Saya mengaku saya anak kampung dan saya bangga.

“Memang saya anak kampung dan saya berasal pun dari Kuala Kangsar, Perak. Memang anak jati orang kampung. Saya tak rasa benda itu satu masalah dan memalukan pun. Semua orang berasal dari sesuatu tempat dan saya memang berasal dari kampung.

“Kalau pergi konsert artis tempatan ini tak ada kurlas ke? Bagi saya kalau kita tak sokong penggiat seni tempatan, siapa lagi nak sokong? Kalau konsert dari Korea dan US semua boleh pergi, takkan dari Malaysia tak boleh pergi?”katanya ketika ditemu bual pada program Melodi, TV3.

Artikel Berkaitan:Kongsi Momen & ‘OOTD’ Ke Konsert UKSlam, Individu ‘Bitter’ Label Uyaina Arshad ‘Kampung’

Meskipun tidak terkesan dengan komen yang diberikan netizen, Uyaina bagaimanapun menitipkan pesanan agar pihak di luar sana boleh berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata mahupun komen.

Baginya, sekiranya tidak ada perkara berfaedah hendak dibahaskan, maka adalah lebih baik untuk berdiam.

“Kalau selalu cakap benda jahat, pasti orang itu akan rasa kurang bersemangat dan sebagainya.

“Dan, kadang-kadang apa yang kita cakap boleh beri kesan dekat orang lain. Jadi, berdiam lebih baik kalau tak ada benda nak cakap,”ulasnya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 23 Nov 2018

Bekas Jurusolek Korea Ini Hasilkan Roti Dengan Ilustrasi Yang Sungguh Kreatif

Comel sangat rasa macam tak sampai hati nak makan!

Trending Mon, 3 May 2021

Wajib Ada Insurans Bagi Jemaah Umrah Kerana…

Wajib ada insurans bagi jemaah okay!

Hiburan Tue, 11 Apr 2023
Hiburan Wed, 24 Aug 2022
Events Wed, 27 Mar 2019

GFRIEND’s “GO GO GFRIEND!” Asia Tour to Make a Stop in Kuala Lumpur

Tickets will go on sale very soon! More details inside.

Featured Sat, 4 Jun 2022
Kisah Viral Wed, 27 Dec 2023
Trending Tue, 28 Apr 2020
error: Content is protected !!