Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir February 15, 2024 @ 4:09pm

[VIDEO] PU Riz Beri Pandangan Suami Perlu Ingat Pengorbanan Isteri – “Kalau Ada Lebihan Tayar Spare Dekat Badan Dia..”

Penceramah bebas dan pencetus ummah, Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz berkongsi pandangan tentang pentingnya suami menghargai setiap pengorbanan isteri.

Menerusi perkongsian di TikTok @seorangnur, PU Riz mengingatkan para suami untuk menerima fizikal isteri dengan seadanya terutamanya selepas bersalin.

“Ini satu dapatan atau pandangan, kalau seorang isteri dah beranak kan anak kita dan anak kita pula Masha-Allah tenang bila tengok anak itu.

“Kalau lah ada lebihan-lebihan tayar spare (lemak) pada badan dia atau tak macam dulu badan dia, kita tidak lagi lihat kepada itu semata-mata sebab kena tengok pada pengorbanan isteri,” ujarnya.

Selain itu, dia meminta para suami agar sentiasa menemani isteri ketika berada di bilik bersalin bagi merasai sendiri pengorbanan mereka melahirkan zuriat.

Berkongsi pengalamannya, suami kepada selebriti terkenal, Neelofa ini mengaku tidak kuat untuk melihat proses kelahiran dua anaknya.

“Sebab itu lelaki kalau isteri anda beranak, tolong masuk dalam bilik bersalin dan lihat sendiri macam mana.

“Saya first time tengok tu nak pitam dalam bilik tu. Ingat kan kali kedua tak rasa, tapi lagi rasa nak muntah juga bukan sebab geli tapi sebab kesian. Kita lelaki ni pain tolerance rendah.

“Jadi kalau dia pakai seksi dengan adanya beberapa lebihan (lemak), itu menjadi satu peringatan. Ini sebab engkau lah. Itu salah satu caralah.

“Tapi kita hargailah pasangan-pasangan kita terutama yang beranak dengan penuh kesusahan,” katanya.

Sementara itu, Neelofa turut meluahkan rasa geram terhadap sikap segelintir suami kepada rakan-rakannya yang meminta isteri mereka untuk kembali kepada bentuk badan asal selepas bersalin.

“Ada kawan-kawan saya, suami mereka bagi masa dua bulan saja lepas beranak lepas tu nak badan kembali asal. Kau (suami kawan) pun gemuk.

“Eleh husband you pun tak kurus, nak suruh kau pula kurus. Geram sis!,” kata Neelofa.

@seorangnur Dengar tu para suami, sentiasa ingat dan hargai pengorbanan isteri ❤️#neelofa #harisismail #neelofaharis #fyp #foryou ♬ original sound – bintuSijan_. – philophobia

Untuk rekod, PU Riz dan Neelofa mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad Bilal, 2, dan Abdullah Abbas yang kini berusia lapan bulan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 30 Mar 2026

“Daddy Sporting, Baik & Handsome” – Ayden Titip Pujian Buat Syed Saddiq

Anak sulung kepada penyanyi Bella Astillah iaitu Ayden Adrean,9, meluahkan rasa syukur di atas berita gembira berkenaan pertunangan ibunya dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq baru-baru ini.

Trending Mon, 6 Jul 2020
Trending Wed, 16 Feb 2022
Hiburan Wed, 4 Dec 2019

《国民女神》特别企划全面招募中!打造 POTV大马国民女神

POTV《国民女神》特别企划全面招募中!寻找自信和魅力的你,展现最真实的一面。

Hiburan Mon, 4 Dec 2017

挑礼物送宋慧乔?宋仲基香港逛街被偶遇

2017Mnet亚洲音乐大奖(MAMA)结束后,有网友巧遇宋仲基在中环逛街,难掩兴奋之情的模样让其他粉丝直呼“太幸运了!”

Cahaya Mata Thu, 27 Oct 2022
Hiburan Thu, 28 Dec 2017

BARACK OBAMA REVEALS HIS LIKES AND DISLIKES IN INTERVIEW WITH PRINCE HARRY

One of the questions Prince Harry asked was “boxers or briefs?”. Check out Barack Obama’s answers.

error: Content is protected !!