Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari February 16, 2024 @ 4:18pm

“Jauh Betul Dia ‘Spin’, Takut Malu Sendiri” – Pengasas Produk Kecantikan Dedah Bukti, Dakwa Ruhainies Putar Belit Cerita

Sebelum ini, pengasas produk kecantikan Aurebella Beauty mendakwa pelakon Ruhainies melanggar kontrak dengan menarik diri selepas dua bulan menjadi duta bagi produk Mixberries Royal Women.

Artikel Berkaitan: Dakwa Ruhainies Tarik Diri Lepas 2 Bulan Jadi Duta, Pengasas Produk Kecantikan Alami Kerugian & Kemurungan Teruk – “Ia Satu Penghinaan Yang Jelas”

Tidak berdiam diri, Ruhainies pula tampil memberi kenyataan bahawa pengasas Aurebella Beauty memfitnahnya dan mendedahkan dirinya tidak menandatangani sebarang kontrak.

Artikel Berkaitan: Ruhainies Tampil Beri Penjelasan Isu Tarik Diri Jadi Duta, Dakwa Pengasas Produk Kecantikan Suruh Buat Kerja Secara Percuma?

Terbaharu, menerusi hantaran Instagram pengasas, dia memuat naik sebuah video yang memaparkan pelakon tersebut menandatangani sebuah papan foto yang tertera gambar Ruhainies dan sedang menandatangani sebagai duta produk pada hari pelancaran.

“Terang-terang dia sendiri sign kat board tu tulis Brand Ambassador of Aurebella Beauty, pastu spin cerita cakap tak pernah bekerjasama dengan kita dan kenapa panggil dia duta kita? Funny!

“Terang lagi bersuluh. Nak spin pun agak-agaklah, bukti semua ada. Bukti-bukti kita simpan kemas-kemas!” tulisnya.

Pada hantaran lain pula, dia menyatakan itu baru sebahagian bukti yang didedahkan kepada umum.

“Baru sikit kita reveal. Banyaakkk lagi bukti-bukti dari kenyataan FITNAH dia kat kami. Kami diam dulu atas nasihat lawyer, lawyer suruh reveal sikit-sikit je dulu.

“Itu belum reveal resit payment dia lagi. ‘Manada org nk kerja percuma dim
dunia ni’ ‘Tidak terima apa-apa bayaran, kerja secara percuma’, Jauh betul dia spin. Kesian takut malu sendiri. Netizen pun dah cerdik pandai boleh nilai,” katanya lagi.

Ruhainies

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 5 Sep 2018
Hiburan Sat, 6 Jul 2019
Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Haqiem, Isu Murung Jangan Dibuat Main!

Alahai…Kalau betul dia ada masalah, dapatkan nasihat daripada ibu-bapa atau pertolongan daripada pihak yang betul!

Hiburan Wed, 13 Mar 2019

萧敬腾「娱乐先生」世界巡演 7 月登入大马

「金曲歌王」萧敬腾确定今年 7 月来马开唱!

Hiburan Fri, 17 Oct 2025

Wajah Uqasha Senrose Nampak Letih, Badan Kurus Buat Netizen Risau

Wajah seakan ‘lesu’ dan bentuk fizikal pelakon, Uqasha Senrose dalam sebuah video TkTok raih tumpuan

Hiburan Mon, 13 Feb 2023
Hiburan Fri, 1 Nov 2024
Featured Thu, 17 Nov 2022

“Saya Belajar Nak Jadi Baik” – Lisa Surihani Akui Penghijrahan Berdepan Pelbagai Dugaan

Pelakon cantik, Datin Lisa Surihani yang kini tampil dengan penampilan lebih sopan mengakui tidak mudah untuk kekal istiqamah. @pendosahijrahhh ❤️❤️❤️ #lisasurihani #muhasabahdiri #pendosa #majlisilmu #fakirilmu #hijrah ♬ Sang Dewi Cover by Igan Andhika – Igan […]

Featured Wed, 23 Nov 2022

Bakat & Rupa Harus Selari, Pelakon Baharu Muaz Zabir Masih Mencari Tapak Dalam Industri

Juara program Fit For Action TV3, Muaz Zabir atau nama sebenarnya Muaz Mohamad Zabir, mendedahkan masih banyak yang perlu dipelajari sebagai pendatang baharu dalam industri seni Menurut Muaz, dia mencuba sebaik mungkin untuk memberikan yang […]

error: Content is protected !!