Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin February 20, 2024 @ 2:35pm

[VIDEO] Maryam Durian Kimchi Sebak, Suami Buat Kejutan Beri Tiket Umrah – “Bertuah Maryam! Rezeki Mualaf”

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim mencuri tumpuan selepas berkongsi video menunjukkan isterinya yang juga merupakan seorang mualaf, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi menitiskan air mata apabila menerima hadiah sempena ulang tahun kelahirannya.

Menerusi perkongsian video tersebut, Ryzal kelihatan membawa dua buah bagasi, telekung dan buku nota yang tertulis panduan umrah dan ziarah.

“Surprise birthday ke Umrah,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Terkejut dan terharu dengan hadiah pemberian suaminya, Maryam kelihatan tidak dapat menahan sebak sambil memeluk Ryzal.

Difahamkan, Maryam juga sudah lama mengimpikan untuk menunaikan umrah bersama suaminya.

“Setahun saya doa nak pergi umrah. Macam mana abang boleh dapat ni, cepatnya… Tak sabarnya!” katanya.

Dalam pada itu, Ryzal sempat memujuk Maryam yang tidak henti-henti menangis dan terharu dengan hadiah ulang tahunnya kali ini.

“Menangis nak pergi umrah.

“Kita akan pergi sana dan lihat sendiri Kaabah. Tempat paling cantik di dunia. Sayang (Maryam) buat abang menangis,” ulasnya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 400,000 tontonan dan menerima lebih 300,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Menjengah ke ruangan video berkenaan, rata-rata warganet memuji sikap dan layanan Ryzal terhadap isterinya.

Malah, ramai juga berpendapat bahawa ia adalah rezeki Maryam.

“Masha-Allah, bertuah Maryam. Rezeki mualaf. Saya yang baru balik ni pun terasa rindu sangat nak ke sana.

“Tabik spring lah dengan Ryzal dan Maryam. Maryam berubah 360 darjah dapat suami yang tepat. Sweet, buat saya pula sebak.

“Saya faham perasaan Maryam  kerana saya juga mualaf. Dulu sebelum peluk Islam tengok tv je suasana dekat sana. Sekarang alhamdulillah  dah dua kali jejak kaki ke sana.

“Rezeki Maryam. Allah dah pilih Maryam masuk Islam dan kamu sebagai hamba yang sangat menghargainya. Aku pula yang sebak,” komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Meremang! Maryam Durian Kimchi ‘Payung’ Lagu Aku Bidadari Syurgamu, Netizen Komen: “Nyanyian Menusuk Ke Jiwa, Sampai Menangis Aku!”

ARTIKEL BERKAITAN:Ikut Solat Subuh Di Masjid, Ibu Maryam Durian Kimchi Mahu Belajar Agama- “Dia Bawa Balik Telekung Ke Korea & Belajar Solat”

ARTIKEL BERKAITAN:”Happy Dapat Buat Keluarga & Kawan Non-Muslim Fikir Tudung Bukan Paksaan” – Maryam Durian Kimchi

ARTIKEL BERKAITAN:“Kalau Ada Tattoo, Tak Boleh Jadi Muslim Ke?”- Maryam Durian Kimchi Kecewa, Status Agama Dipersoal

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 5 Jun 2025

[VIDEO] Cik B Latih Muay Thai, Bodyguard Serah Badan Jadi ‘Puching Bag’

Cik B berlatih Muay Thai, bodyguard jadi punching bag

Hiburan Sat, 13 Sep 2025
Hiburan Wed, 22 Nov 2017

Betul Ke Ayda Jebat Putus Asa Sertai AJL

Takkan dah putus asa masuk AJL kerana gagal untuk mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL).

Featured Mon, 3 Jul 2023
Hiburan Thu, 3 May 2018

“We Made It To Kuala Lumpur” – Dua Lipa Akhirnya Teruja

Teruja!  Ini mungkin antara perasaan peminat-peminat beliau pada ketika ini terhadap penyanyi yang mula menempa nama di pentas antarabangsa melalui lagu New Rules nya. Dua Lipa yang kini berada di Malaysia sempena konsert jelajahnya hari ini […]

Trending Mon, 24 May 2021

Tiada PKP Menyeluruh, PM Mohon Rakyat Buat ‘Self Lockdown’ Elak Jangkitan

PM pesan jangan ada sikap menyalahkan orang lain… Ingat tu!

Trending Fri, 25 Jan 2019

疯狂夫妻搜集30尊「古董娃娃」不生小孩:它们更听话!

美国一对夫妻结婚4年,因为受不了亲友催问生育大计,两人竟发挥创意,将太太从小热爱搜集的娃娃成为「亲生女」!

Hiburan Fri, 3 Jul 2026

Abby Abadi Tegur Norman Hakim, Minta Jangan Beria Tunjuk Jadi Bapa Mithali

Abby menegur Norman agar tidak perlu menunjukkan seolah-olah menjadi bapa mithali

error: Content is protected !!