Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi February 20, 2024 @ 6:19pm

Gadis OKU Bawa Burger Atas Pentas Menitiskan Air Mata Penonton, Konsert Cakra Khan A Decade Kuala Lumpur 2.0 Penuh Kejutan!

Riuh dengan sorakan peminat, Konsert Cakra Khan A Decade Live In Kuala Lumpur 2.0 sudah pastinya meninggalkan kenangan manis kepada semua penonton yang meminati lagu-lagu galau beliau.

Pada malam konsert yang berlangsung di Dewan Plenary Hall Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), pelbagai kejutan telah ditonjolkan oleh penyanyi bersuara serak basah itu.

Antara momen yang tidak boleh dilupakan adalah saat gadis istimewa Orang Kurang Upaya (OKU)  yang menjual burger sehingga tular dalam media sosial membuat kejutan hadir ketika Cakra sedang menyanyikan lagu Jangan Mudah Putus Asa.

Menurut Cakra, dia amat mengagumi kesungguhan Eerah yang tidak berputus asa dalam mencari rezeki yang halal meskipun hidup dalam keadaan serba kekurangan.

“Saya pernah melihat videonya tular dalam media sosial tahun lalu sebelum menghantar jemputan untuk ke konsert hari ini (semalam) tetapi ditolak atas alasan sibuk berniaga. Tiba-tiba ada kejutan, dia muncul di pentas dengan membawa burger. Memang terharu dan rasa sangat tersentuh melihat kesungguhannya.

Cakra Khan

“Banyak yang saya belajar selepas melihat Eerah seperti harus selalu bersyukur dan percaya sentiasa ada harapan dalam setiap perkara. Dia contoh terbaik untuk kita semua ikut terutama berkaitan kesungguhannya mencari rezeki dan tidak pernah berputus asa dalam kehidupan,” katanya.

Penonton konsert menjadi lebih histeria apabila Cakra atau nama lengkapnya Cakra Konta Paryaman pada kali ini menampilkan tiga barisan undangan penyanyi yang amat terkenal iaitu Datuk Seri Rossa, Judika, dan Dayang Nurfaizah.

Cakra Khan

Cakra turut mendedangkan lagu Di Pintu Syurga secara duet bersama Dayang, susulan itu penyanyi bersuara lunak itu menyanyikan lagu solonya Umpan Jinak Di Air tenang.

Gabungan hebat Cakra dan Rossa membuat ramai terpukau apabila mereka membawakan lagu Terlanjur Cinta. Seterusnya, Rossa menghiburkan peminat dengan lagu baharunya, Lupakan Cinta dan Terlalu Cinta.

Cakra Khan

Di segment terakhir konsert tersebut, Cakra menyanyikan lagu Bukan Dia Tapi Aku secara duet bersama penyanyi tersohor Indonesia, Judika. Kemudian anak kelahiran Sidikalang, Sumatera Utara, Indonesia ini menyanyikan lagu hits Bagaimana Kalau Aku Tidak Baik-Baik Saja hingga terbuai emosi penonton.

Cakra Khan

Konsert anjuran Seven Skies Motion Sdn Bhd menyaksikan persembahan muzik diiringi orkestra yang diketuai maestro tersohor, Datuk Ramli MS.

Sebanyak 23 lagu dipersembahkan termasuk, Kepada Hati, Harus Terpisah, Setelah Kau Tiada, Kekasih Bayangan, dan lagu baharu iaitu Broken Symphony dihasilkan oleh penyanyi, Aisha Retno.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terkejut Nama Anak Dipanggil, Siti Sairah Bangga Umairah Nyanyi Sepentas Dengan Cakra Khan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 30 Aug 2019
Trending Fri, 29 Jan 2021

Farisha Iris Tak Gila Populariti

Gila apa pula ni dik non…

Hiburan Sat, 1 Sep 2018

Akui Sukar Tapi Kaer Azami Tak Pernah Menyesal

Cinta saya terhadap bidang muzik amat kuat dan atas sebab itu saya nekad meninggalkannya…

Trending Fri, 22 Apr 2022
Hiburan Fri, 26 May 2023
Hiburan Sat, 21 Feb 2026
Hiburan Mon, 4 Jul 2022

“Tak Sabar Sangat Nak Cari Laki Ni” – Netizen Cop Shila Amzah Gatal Dan Tak Matang

Shila Amzah dicop gatal dan tak matang apabila bercerita tentang hubungan percintaan.

error: Content is protected !!