Hiburan By: Khairil Khusyairi February 21, 2024 @ 4:30pm

Hangat Bercinta Dengan Sherie Merlis? Ini Jawapan Hasnul Rahmat

Pelakon Hasnul Rahmat tampil menjelaskan dakwaan dia kini sedang menjalin hubungan cinta bersama pelakon, Sherie Merlis.

Bercakap kepada XTRA, Hasnul atau nama lengkapnya Hasnul Rahmat Mustafa dilihat masih berteka-teki mengenai dakwaan tersebut.

Ini jawapan yang diberikan Hasnul apabila diajukan soalan mengenai status hubungan dirinya dengan pelakon wanita itu.

“Kucing saya yang pertama adalah nama Ghazal, kedua Disko, Inang… semua nama muzik.

“Jadi hubungan saya dengan kucing-kucing saya rapat dan kadang kena tinggal juga mereka.

“Jadi itu lagi personal daripada perkara lain-lain. Kucing kalau tak makan, akan beleter jadi kita kena selalu jaga. Kasih sayang itu kena ada.

“Sebagai pelakon, kita juga manusia, perlu ada sifat kemanusiaan, begitu juga soalan yang diajukan. Kita boleh cakap yang benar dan sebaliknya.

“Soalan itu perlu diatur dengan terbaik, jika tidak, saya takkan jawab,” komen Hasnul.

Hasnul ditemui pada majlis tayangan perdana filem pendek terbitan syarikat Ainaa Beauty iaitu Misi Ainaa di Putrajaya, pada Rabu.

Diaju soalan bilakah akan hidup berdua pula, ini jawapan Hasnul Rahmat.

“Pertama kali saya cintakan ibu saya, arwah bapa saya. Saya perlu fokus pada ibu saya sekarang kerana dia tidak sihat.

“Apa-apa soalan, fitnah yang dilemparkan pada saya okey saja, janji saya tidak aniaya orang, tidak zalimi orang.

“Bagi saya senang saja, setiap kerja perlu ada kejujuran, ikhlas dan niat yang baik. Insya-Allah benda baik akan datang. Banyak aspek kebaikan yang Tuhan beri.

“Yang baik bagi saya kita diam saja, sebab yang jahat pula akan orang bercerita. Kita kena ada kemanusiaan,” tutupnya.

Terdahulu, tular dakwaan mengatakan Hasnul dan Sherie Merlis sedang menjalin hubungan cinta dan sering keluar bersama.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Dedah Sudah Bercerai, Sherie Merlis Kini Bercinta Dengan Hasnul Rahmat Pula?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 1 Jun 2020
Hiburan Tue, 11 Dec 2018

#mentor7: ‘Kalau Boleh Saya Nak Megat Dan Pasya Ke Final Tapi Apakan Daya…’ Aizat Sebak Penyingkiran Protege

Ketiadaan Megat di dalam Mentor 7 bukan saja memberi kesan kepada saya dan Pasya malah seluruh pasukan produksi…

Trending Thu, 10 Dec 2020
Hiburan Fri, 24 Nov 2023
Featured Tue, 23 Aug 2022

[VIDEO] Netizen Teruja Imran Aqil Dikatakan Sudah Bertunang Dengan Dahlia Rizal

Ohh, ini ke yang kata ‘best friend’ je tu? Hehehehe! Kalau betul congrats lovebirds! 🥰🥰🥰

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Nora Danish Hoping for a Baby Girl in 2019

Having three sons, the actress and her husband hope to get a baby girl next year.