Hiburan By: Padin February 26, 2024 @ 5:56pm

Unfollow Di Instagram? Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad Mengenai Status Hubungan Dengan Amelia Christie

Aktor popular, Sharnaaz Ahmad tak mahu memberikan komen lanjut mengenai dakwaan hubungannya dengan pelakon baharu, Amelia Christie yang dikatakan sudah berakhir selepas timbul dakwaan saling tidak mengikuti akaun masing-masing dalam Instagram.

Tenang menjawab soalan pihak media, pelakon filem Juvana itu memberitahu tumpuan utama ketika ini ialah untuk diri sendiri dan anak lelakinya, Jebat Jayden.

“Iya ke? Saya pun tak perasan tentang itu (unfollow). Saya tak mahu komen apa-apa. Fokus saya sekarang ini adalah untuk diri sendiri dan anak saya. Amelia pun masih rapat dengan Jebat.

“Sebab itu saya tak mahu bercerita sangat tentang hubungan cinta sebab risau ada apa-apa berlaku di tengah jalan dan enggan serabut begini,” kata Sharnaaz.

Sharnaaz ditemui di majlis pembukaan butik Elrah Exclusive di Shoppes at Four Season Place, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Tambah bintang filem Polis Evo 3 itu, dia juga tidak pernah memberi penjelasan sama ada mengiyakan atau menafikan mengenai hubungannya dengan Amelia sebelum ini.

“Bagi saya, Amelia perempuan yang baik. Hendak kata ada hubungan ke apa, saya tak pernah mengiyakan sejak awal. Tidak bolehlah nak kata sudah putus, pening juga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Sharnaaz juga tidak menolak dipertemukan dengan mana-mana wanita dan kembali bergelar suami serta mendirikan rumah tangga.

“Bercakap soal jodoh, biarlah dulu. Sebelum ini saya sudah berkahwin sekali. Saya terfikir, ada ke jodoh kedua selepas ini? Kalau ada rezeki saya terima, jika tiada pun, okey sahaja.

“Saya pun sudah ada anak dan fokus sekarang hanya mencari duit serta buat keluarga. Lebih-lebih lagi, Jebat pun akan mulakan sesi persekolahan,” katanya.

Terdahulu, timbul Sharnaaz menjalin hubungan cinta dengan Amelia selepas dilihat kerap muncul berdua di beberapa acara hiburan.

Gossip tersebut semakin hangat diperkatakan apabila Sharnaaz bercuti ke Jepun bersama Amelia, Jebat dan bekas isterinya, Noor Nabila pada tahun lalu.

Selain bercuti, Amelia juga beberapa kali berkunjung ke rumah Nabila sebelum ini sekaligus menguatkan lagi spekulasi cinta antara mereka.

Sebelum ini, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila dan dikurniakan Jebat Jayden yang kini berusia enam tahun.

Mereka berkahwin pada Mac 2017, namun disahkan bercerai sekitar Julai 2020.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 31 Jul 2019

Ramona ZamZam Rindu Siapa Tu?

Sabar okay Ramona! Waktunya pastinya tiba.

Hiburan Tue, 10 Apr 2018

“Dah Sebulan Tak Balik Rumah” – Hairul Azreen Tinggalkan Hanis Zalikha

Kesungguhan Hairul dalam menjayakan filem ini sungguh memerlukan pengorbanan dan komitmen yang tinggi.

Hiburan Thu, 12 Sep 2019

Britney Spears Bakal Berkahwin Lagi?

Third’s time a charm? Mungkin!

Hiburan Thu, 23 Mar 2023

Khas Ramadan Ini: Seleksi Rancangan Wajib Tonton Untuk Seisi Keluarga

Masa bersama keluarga dengan hiburan berkualiti!

Featured Wed, 30 Nov 2022
Featured Sun, 25 Sep 2022

Scha Alyahya & Awal Ashaari Jumpa Lee Min Ho, Ramai Cemburu

Seronoknya, Scha & Awal jumpa Lee Min Ho!

Hiburan Mon, 24 Sep 2018

Sufian Suhaimi ‘Merajuk’ Sampai Ke Jakarta?

Saya rasa perlu keluar dari Malaysia buat sementara waktu ini. Bukan larikan diri tapi nak rasai suasana yang berbeza.

Hiburan Tue, 24 Oct 2023

Khas Buat Peminat, NOAH Bakal Adakan Konsert 11 November Ini!

Dah sedia ke nak serbu NOAH tu?? Tak sabar😆😆