Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain February 27, 2024 @ 11:00am

Sherry Ibrahim Serah Soal Jodoh Pada Takdir – “Bukan Tak Nak Kahwin…”

Pelakon Sherry Ibrahim mengakui antara perkara yang dihajatkannya ketika menunaikan umrah di Tanah Suci, Makkah, pada akhir tahu lalu adalah jodoh.

Menurut Sherry, dia menyerahkan urusan jodoh itu kepada Allah kerana usianya sudah menginjak 41 tahun.

Namun, dia turut merebut peluang untuk berdoa tentang perkara itu di setiap tempat yang mustajad untuk berdoa ketika menziarahi Makkah dan Madinah.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan semua urusan saya ketika tunaikan umrah, akhir tahun lalu. Saya mahu pergi berdoa di Jabal Rahmah, namun, saya tidak sempat.

“Saya ada masa singkat, kurang dari 10 hari sebab saya buat sendiri atau ‘DIY’, tanpa pergi kursus, semuanya saya belajar di sana. Memang rasa sangat kerdil, tapi Allah Maha Besar, Allah permudahkan semuanya.

“Saya berhajat saya mahu berdoa di beberapa tempat dan Allah makbulkan. Di semua tempat mustajab itu saya doakan jodoh saya.

“Jadi kita tunggu sahaja jawapan dari Allah sebab itu semua rahsia Allah. Kita cuba yang terbaik, kalau ada jodoh… Insya-Allah,” katanya.

Memetik laporan Berita Harian, Sherry turut menyatakan dia tidak bersedih kerana jodohnya lambat tiba, namun percaya dengan segala aturan Sang Pencipta.

“Bukan tak hendak berkahwin. Namun, tidak mendirikan rumah tangga tidak berdosa kerana Allah menjadikan yang terbaik buat kita. Mungkin saya tiada jodoh di sini, jodoh saya di syurga nanti.

“Jadi saya sudah berserah. Mungkin ada hikmahnya, saya kena perbaiki diri dan jaga ibu bapa. Kita kena tengok dari sudut positif. Kalau dengar orang bertanya, memang kita terasa, sebab siapa yang tidak mahu berkahwin.

“Bukannya saya mahu ‘single’ selama-lamanya. Berpasangan sebelum ini semuanya tak jadi, nak buat macam mana? Bukannya saya tak keluar dengan orang tapi belum sampai waktu.

“Saya sudah 41 tahun, sudah biasa hidup macam ini. Saya ada kawan-kawan yang sayangkan saya. Keluarga termasuk peminat juga beri sokongan kepada saya,” katanya.

Sherry berkata, dia mengimpikan pasangan hidup yang memahami dan boleh menjaga dirinya dengan baik.

“Kalau ada orang masuk meminang dan keluarga bersetuju dan saya fikir okay, saya teruskan sahaja. Saya sudah doakan semua itu.

“Saya mahu cari orang yang mahu bersama saya ketika susah dan senang. Kita mahu cari orang yang sayang kita lebih sebenarnya.

“Wanita apabila sudah berusia lebih 40 tahun mahukan lelaki sebegitu. Jadi, saya mahu orang yang boleh menjaga saya… Tidak minta lebih. Hendak nikah, bawa cincin sahaja,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 May 2025

PU Syed Tegur Ameera Khan, Jefri Nichol – “Belum Halal, Tak Malu Tayang Aksi Mesra?”

Cium Pipi, riba, PU Syed tegur Ameera Khan Jefri Nichol papar aksi mesra

Trending Wed, 18 Dec 2019

Diejek ‘Lady Boy’, Remaja Didakwa Tembak Mati Rakan

berhentilah sikap ejek mengejek yang boleh mengakibatkan kematian

Featured Thu, 29 Dec 2022

[VIDEO] Lepak Bersama Syed Saddiq, Ramai Puji ‘Circle’ Azfar Heri ‘Next Level’ – “First Time Dengar Dia Cakap Kau & Aku”

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian dimuat naik oleh pempengaruh Azfar Heri di laman TikTok yang memaparkan momen lepak bersama Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menerusi hantaran tersebut, Azfar […]

Hiburan Sun, 25 Aug 2019

Waris Takut Buat Facial?

Kenapa ni waris?

Hiburan Thu, 16 Oct 2025
error: Content is protected !!