Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin February 27, 2024 @ 3:41pm

Razzuan Rosli Muncul Dengan Single Cinta Kayangan

Perjalanan karier seni Razzuan Rosli di pentas lakonan berjaya membuktikan bakat dimiliki sehingga mampu mengumpul peminat tersendiri.

Malah, dia yang muncul dengan single Akur terbitan Universal Music Malaysia pada 2022 menjadi pertaruhan baharu buat dirinya dalam bidang nyanyian.

Pengalaman merakamkan single sulung itu adalah detik yang cukup berharga dalam hidupnya.

Menyedari kerjaya nyanyian sudah cukup sebati dalam diri, Razzuan kini muncul dengan single Cinta Kayangan yang membawakan tema cinta itu buta. Dalam lagu ini, Razzuan dengan penuh kebijaksanaan menggambarkan bagaimana cinta itu pada hakikatnya adalah sesuatu yang subjektif.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Razzuan Rosli (@razzuanrosli)

“Cinta adalah sesuatu yang subjektif, tapi cinta itu buta sebenarnya. Sebab dalam hidup ini kadang kala kita jumpa dengan orang yang kita rasa kena dengan kita, tapi sebenarnya tidak. Jadi, kita tidak boleh nak bersama atau meneruskan perhubungan itu.

“Terkadang apa yang kita rasakan tidak selaras dengan kenyataan dan hubungan itu mungkin hanya angin lalu. Perkara ini menjadi peringatan bagi semua orang bahawa tidak semua pertemuan adalah takdir dan bukan semuanya harus dilanjutkan atau dipertahankan,” katanya.

Dengan suara emasnya dan lirik lagu yang memukau hati, Razzuan membawa pendengarnya dalam perjalanan mendalam mengenal erti cinta sebenar dalam lagu Cinta Kayangan.

“Kenapa tajuk lagu ini Cinta Kayangan sebab cinta tu sesuatu yang mahal. Untuk kita memahami sebuah perkataan cinta itu bukan semudah kita nak faham ABC.

@razzuanrosli Kadang- kadang jodoh kat depan mata je sebenarnya 🙄 My Lovely Driver, 7malam , TV3 #MyLovelyDriver #DramaSangat ♬ original sound – razzuanrosli

“Disebabkan itu juga, saya cuba nak sampaikan lagu yang bermesej cinta. Kita lahir atas muka bumi ini juga daripada benih cinta. Bumi ini pun disebabkan cinta, perasaan cinta yang terjalin antara dua insan. Jadi, itu antara sebab kenapa saya memilih lagu Cinta Kayangan ini,” katanya.

Berkongsi mengenai video muzik lagu Cinta Kayangan ini, Razzuan berkata ia berkonsepkan pengorbanan dalam mencari kebahagiaan.

“Dalam video muzik ini, ia menggambarkan betapa seseorang harus bersedia untuk melepaskan apa sahaja yang menjadi penghalang antara dirinya dan kebahagiaan yang diimpikan. Pengorbanan bukanlah perkara mudah tetapi ia adalah langkah penting dalam perjalanan mencapai kebahagiaan hakiki.

“Jadi, menerusi video muzik ini saya mahu mengajak penonton untuk merenung dan melihat betapa berani dan gigihnya seseorang sanggup melakukan pengorbanan demi mencapai impian mereka,” katanya,

Apa yang pasti, Razzuan berharap lagu Cinta Kayangan dapat diterima baik oleh peminat sekali gus menghayati mesej yang ingin disampaikan dalam lagu ini.

“Saya berharap dengan tulus agar pendengar dapat menyambut lagu Cinta Kayangan ini dengan penuh kehangatan dan kesukaan. Lagu ini tidak hanya memberikan hiburan semata, tetapi juga mengandungi mesej yang mendalam dan cerita yang ingin disampaikan.

Cinta Kayangan kini boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music pada 26th Januari 2024, muzik video juga telah ditayangkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Universal Music Malaysia.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 27 Sep 2018

Anggap Ujian Sebagai ‘Teguran’ Kecil, Perkongsian Asyraf Khalid Buat Netizen Terjaga

Bila saya diuji, benda pertama dalam fikiran saya, ujian ni datang dari Allah dan mungkin saya kurang ingat pada Allah atau mungkin saya tak jaga waktu solat saya…

Hiburan Fri, 8 Feb 2019

Meriahnya Majlis Aqiqah Anak Nubhan!

Majlis yang berlangsung di Negeri Sembilan pada Rabu lalu (6 Februari) turut dihadiri ahli keluarga serta anggota kelab peminatnya, Nubhan Squad.

Hiburan Sun, 2 Dec 2018
Hiburan Mon, 7 Oct 2024

“Bangkit Untuk Mulakan Hidup Baru” – Sherry Ibrahim Harap Fattah Amin Tabahkan Hati 

Mereka pernah rapat, mungkin Sherry tahu apa yang terbuku di hati Fattah. Kita doakan yang terbaik

Hiburan Fri, 25 Mar 2022

Disyaki Terlibat Kes Dadah, Penyanyi Nasyid Ditahan

Penyanyi nasyid itu ditahan di di Kota Damansara.

Events Fri, 1 Nov 2019

Samsung Galaxy Note 10; The Phone That Captures Moments, Not Photos

Don’t leave home without it! Galaxy Note10|10+ is that phone!

Featured Fri, 13 Mar 2026

“Listen To Your Body, Jangan Terus Hentam Exercise” – Uyaina Arshad

Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi pesanan buat para ibu yang baru melahirkan anak supaya tidak terburu-buru melakukan senaman sebelum tubuh benar-benar pulih sepenuhnya.

Featured Wed, 5 Apr 2023
Events Sat, 26 Nov 2022

Marsha Milan Sebak Teringat Nad Zainal, Terkenang Rakan Di Pentas SFMM37

Penyanyi Marsha Milan tidak dapat menahan air mata ketika berkongsi mengenai pelakon Nad Zainal yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman pada paru-paru, baru-baru ini. Menurut Marsha, ketika menyanyikan lagu Kembali Terang […]

error: Content is protected !!