Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi February 28, 2024 @ 7:55pm

Emosi Tak Menentu & Bacaan Darah Tinggi… Ella Dedah Alami Fasa Pre-Menopaus – “Saya Terkejut Bila Jumpa Doktor…” 

Ratu Rock negara, Ella mengakui tidak kisah memdedahkan dirinya kini sedang mengalami fasa pre-menopaus di saat usianya bakal menginjak ke 57 tahun.

Menurut Ella atau nama sebenarnya, Nor Zila Aminuddin berkata dia tidak lokek berkongsi ilmu dengan memberi kesedaran kepada wanita seusianya serta menyifatkan proses penuaan perlu dinikmati dengan mengamalkan penjagaan hormon dalam diri.

“Saya rasa kita perlu beritahu sebab sekarang kita dah ada pelbagai cara penyelesaian, Insya-Allah.

“Saya rasa sangat baik kini, ia tidak mengganggu apa-apa pun, Alhamdulillah.

“Ada juga rakan-rakan saya berumur lingkungan 43 tahun tetapi sudah mengalami menopaus, jadi jika dapat kesan lebih awal, ia dapat membantu dari segi rawatan dan sebagainya.

“Peranan suami juga penting kerana seperti situasi, suami saya Azhar yang ajak saya jumpa kenalan kami selepas mengadu rasa panas dan mudah marah,” ” kongsinya.

Ella ditemui pada majlis pengiktirafan Ratu Rock Negara, Ella atas komitmen dalam menyebarluaskan kepentingan kesihatan hormon oleh Skyhill Clinic di The Colony KL Eco City di sini, hari ini.

Kongsi Ella lagi, dia tidak tahu menahu soal kepentingan penjagaan hormon pada awalnya malah hampir dimasukkan ke hospital gara-gara bacaan darah yang tinggi.

“Sebelum bertemu pakar, saya memang tidak pernah menghadapi sebarang penyakit dan hanya tahu bacaan darah berada pada tahap serius.

“Apabila bertemu doktor, saya terkejut bacaan darah mencecah 190. Baru saya tahu darah saya tinggi, hormon tidak menentu yang menjejaskan tahap kesihatan saya.

“Saya seperti nyaris dibawa ambulans kerana bacaan terlalu tinggi. Sedangkan selama ini saya tak tahu sedang menghidap sebarang penyakit,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, suaminya, Azhar turut berkongsi perubahan positif isterinya itu selepas mendapatkan rawatan mengenai masalah tersebut.

“Tiada lagi bacaan darah yang tinggi dalam badan, itu yang paling ketara.

“Emosi juga positif sentiasa, ketika mengalami masalah hormon dulu sentiasa tidak baik saja tapi kini okey.

“Tenaga juga baik, berat badan juga menyusut berbanding sebelum ini dan lebih sihat.

Mengenai kerjasama dengan Skyhill Clinic, Ella bersyukur kerana diiktiraf di atas pembabitam, konsistensi serta komitmen dalam menyebarluaskan kepentingan horman kepada umum.

Menerusi penghargaan itu, Ella menerima pakej rawatan kesihatan hormon bernilai RM300,000 untuk tempoh setahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 30 Apr 2025
Hiburan Tue, 28 Mar 2023
Selebriti Wed, 17 Apr 2024

Video Kejutan Tular Disangka Hamil Anak Kedua, Ini Respons Syifa Melvin

Alamak! Belum hamil anak kedua lagi – Syifa Melvin

Hiburan Mon, 9 Feb 2026

Lan Pet Pet Akhirnya Bersemuka & Mohon Maaf Sampai Hujung Kaki, Fazura Tenang Memaafkan – “Kosong-Kosong, Janji Ikhlas”

Fazura kekal tenang dan berhati mulia memaafkan Lan sekali gus bersedia untuk bekerjasama secara professional

Trending Sun, 23 Dec 2018

Indonesia Dilanda Tsunami Lagi, Kali Ini Di Banten Dan Lampung

penduduk pesisir pantai tidak melaporkan melihat atau merasakan sebarang petanda air surut atau gempa bumi, sebelum ombak setinggi dua hingga tiga meter melanda

Trending Wed, 18 Nov 2020
Featured Fri, 13 Sep 2024

Fazura Kongsi Kata-Kata Di IGS – “Jika Sesuatu Yang Kau Senangi Tak Terjadi, Maka Senangilah Apa Yang Terjadi”

Seakan reda, rumah tangga yang dibina selama 7 tahun berakhir dengan perpisahan 💔

Hiburan Mon, 4 Mar 2019

Ibu Adibah Noor Meninggal Dunia, AL-Fatihah…

Al-Fatihah buat ibunda Adibah Noor, Allahyarhamah Norlia Abd Majid…

error: Content is protected !!