Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin March 1, 2024 @ 8:04pm

Kekalkan Lisa Surihani, Uyaina Arshad & Bella Dally Selaku Duta, Ariani Tampilkan Koleksi ‘1001 Tales of Ariani’

Masih mengekalkan tiga selebriti jelita, Datin Lisa Surihani, Uyaina Arshad dan Bella Dally selaku duta, jenama fesyen terkemuka Malaysia, Ariani dengan bangganya mempersembahkan koleksi terbarunya, ‘1001 Tales of Ariani’, dalam sebuah majlis pertunjukan fesyen yang meriah bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre, baru-baru ini.

Acara ini tidak hanya tertumpu kepada pelancaran koleksi Lebaran 2024 tetapi juga mempamerkan inovasi dan kreativiti yang tiada tandingan dalam industri fesyen hijab dan busana Muslimah di Malaysia.

Istimewanya, majlis pada petang itu turut diserikan dengan kehadiran Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin yang berkenan berangkat mencemar duli ke majlis pertunjukan fesyen tersebut.

Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip selaku Ketua Pegawai Eksekutif jenama terbabit gembira dan bersyukur atas sokongan berterusan yang diterima dari pelanggan setia.

“Kami komited dalam menyediakan produk berkualiti tinggi, yang menggabungkan elemen keselesaan, gaya dan nilai eksklusif. Majlis pertunjukan fesyen yang bertemakan Arabic ini dibuka dengan segmen Galeri Ariani, mempamerkan lebih dari 40 koleksi hijab.

“Segmen kedua pada petang itu diteruskan dengan pertunjukan rekaan dari Ariani Luxe. Ia adalah rangkaian koleksi hijab premium yang direka oleh pereka berkemahiran dan berpengalaman dengan sentuhan artisan yang mahir dalam mereka bentuk pola dengan perincian lace dan Swarovski eksklusif,” katanya.

Menjangkau tahun kedua penubuhan, koleksi pakaian lelaki Aryan turut menampilkan pelbagai rangkaian koleksi pakaian lelaki bermula dari kanak-kanak sehinga golongan dewasa.

Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian Aryan seperti baju Melayu sedondon, kurta dan jubah yang kesemuanya direka khas menggunakan produk dan material yang berkualiti serta penekanan kepada jahitan yang kemas dan terperinci.

Segmen Ariani RTW menampilkan 110 koleksi lebaran yang merangkumi kurung moden polos, kurung printed moden, kaftan dan jubah.

Istimewanya tahun ini, setiap koleksi didatangkan dengan kepelbagaian size bermula XXS sehingga 6XL. Malah pada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya, Ariani RTW turut melancarkan rekaan khusus bagi membolehkan para ibu bergaya sedondon dengan si cilik di Hari Raya.

Kemuncak majlis pada petang itu adalah pertunjukan fesyen dari The Premium Series by Ariani RTW yang merangkumi jubah dan abaya premium serta koleksi kurung eksklusif khusus untuk pelanggan yang gemarkan rekaan mewah dengan sentuhan eksklusif dan dijual dalam kuantiti yang terhad.

Majlis pada petang itu turut diserikan dengan persembahan istimewa oleh artis-artis jemputan antaranya Zizi Kirana serta persembahan istimewa Datuk Jamal Abdillah bersama anaknya, Zaki Yamani.

Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 800 tetamu dan turut diserikan dengan kehadiran dif-dif kehormat, selebriti, jemputan dan influencers, rakan niaga serta pelanggan-pelanggan setia Ariani.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Mon, 16 Feb 2026

Rai Musim Lebaran Dengan Inspirasi Gaya Serba Baharu

Suasana persiapan Raya mula terasa hangat.

FESYEN Sat, 14 Jul 2018

Tips Gayakan Fesyen Untuk Anda Betis Besar

Betis besar atau bahasa pasarnya “drumstick” boleh kelihatan tampil yakin jika anda cuba tips yang dikongsikan . Selamat mencuba

Events Sat, 2 Nov 2019

SYOKSYOK RIUH Invites You to Appreciate Arts and Cultures This Weekend!

Celebrate life with friends, family and food with plenty of festive flavours.

FESYEN Mon, 29 Jul 2019
FESYEN Thu, 28 Mar 2024

Comelnya Sampul Duit Raya! Kempen Raya Converse Malaysia x Monkiddo Unik, Siap Ada Filter AI Kad Raya!

Converse Malaysia dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Monkiddo, jenama ilustrasi Malaysia yang terkenal dengan ciptaan yang penuh warna dan imaginatif untuk kempen raya eksklusif tahun ini. Kerjasama ini bertujuan untuk menyemarakkan musim perayaan dengan gabungan […]

Events Tue, 27 Aug 2019

“Yes, I Do”- WAF X Marriott Bridal Event Is Not Your Typical Wedding Scene And Here’s Why

Marriott X WAF 2019 push the boundaries of the wedding scene in Malaysia.

FESYEN Fri, 4 Oct 2019
FESYEN Fri, 5 Apr 2019

Harga Mampu Milik! Dapatkan Telekung Nur By Arjana

Jangan risau, korang boleh dapatkan potongan harga sebanyak 10% dengan mangaktifkan kod promosi di www.blancheur.co. Diskaun harga ini terhad sehingga 10 April 2019!

error: Content is protected !!