Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Khairil Khusyairi March 5, 2024 @ 5:55pm

Produk Salmon Skin Salted Egg Popular Disita KPDN Gara-Gara Guna Logo Halal Tak Sah, Netizen Harap Bukan Cik B Punya

Gara-gara disyaki menggunakan logo halal yang tidak sah, sebuah premis memproses produk makanan ringan popular diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menurut laporan Sinar Harian, atas maklumat awam serbuan sekitar jam 11 pagi itu dilakukan di Kawasan Industri Jelapang, Ipoh pada Isnin membabitkan makanan produk salmon skin salted egg.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, semasa pemeriksaan dilakukan, premis itu sedang beroperasi dengan memproses makanan produk tersebut.

Menurutnya, siasatan lanjut kemudiannya menjumpai sejumlah produk makanan ringan yang telah ditandakan dengan logo halal.

“Semakan awal mendapati logo halal ini digunakan untuk tujuan perdagangan secara tidak sah.

“Pengurus premis terbabit turut gagal mengemukakan sebarang perakuan halal yang diperakukan oleh pihak berkuasa apabila diminta KPDN,” katanya.

Beliau berkata, KPDN mengenakan tindakan sita ke atas semua dokumen perniagaan, produk dan balang plastik yang tertera logo halal dengan jumlah keseluruhan RM88,582 untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Tambah Kamalludin, produk makanan ringan itu dikesan dijual secara dalam talian dan mendapat sambutan ramai pengguna.

“Kita minta setiap peniaga dan pengusaha supaya mematuhi perundangan yang berkuat kuasa termasuk mendapatkan perakuan halal yang sah daripada agensi kerajaan,” katanya.

Siasatan dilakukan atas kesalahan melanggar Subperenggan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi kesalahan di bawah Subperenggan 8 (a) perintah.

Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala denda tidak melebihi RM250,000 bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan.

Dalam pada itu, menjengah ke media sosial, rata-rata netizen mula berteka-teki siapakah pemilik produk makanan ringan popular tersebut.

Malah, ada juga yang mendakwa dengan mempersoalkan adakah produk tersebut milik anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Cik B atau nama sebenar Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin.

Sumber; Sinar Harian 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kes Mahkamah Fri, 27 Oct 2023
Featured Wed, 26 Mar 2025

Geng Bekpes HotFM Buat Serumpun Challenge, Aksi KJ Curi Perhatian – “Chief Dah Improve A Lot, Tak Keras & Semua Step Dia Hafal”

Geng Bekpes Hot yang dikendalikan oleh Johan, AG, KJ dan Fara Fauzana tampil melakukan ‘Serumpun Challenge’ disertai dengan penyanyi asalnya, Mimi Fly.

Featured Wed, 23 Jul 2025
Trending Sun, 11 Apr 2021

“Kadang-Kadang Orang Lupa… Saya Ni Penyanyi” – Syafinaz Selamat

Figura terkenal dalam bidang vokal, Datuk Syafinaz Selamat mengakui tidak kecewa apabila ada yang sudah lupa dirinya sebagai penyanyi. Memulakan kerjaya pada tahun 1989, Syafinaz mendedahkan ramai generasi muda yang mengenalinya sebagai guru vokal serta […]

Hiburan Thu, 14 Jun 2018
Featured Tue, 8 Nov 2022
error: Content is protected !!