Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 8, 2024 @ 3:19pm

“Mereka Sanggup Beri 3 Kali Ganda” – Dapat Tawaran Ratusan Ribu Ringgit Jadi Duta Baju Melayu, Nabil Ahmad Kekal Setia

Pengacara terkenal, Nabil Ahmad, 40, mendedahkan dia menerima tawaran bergelar duta jenama baju Melayu terkenal berjumlah ratusan ribu ringgit namun menolaknya kerana setia dengan jenama sama untuk tahun kesembilan.

Menurut pemilik Nabil nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, bayaran yang tinggi bukanlah keutamaan kerana dia mengingati jasa baik Jakel terhadap dirinya.

“Sejujurnya, ada jenama yang menawarkan saya ratusan ribu ringgit, tapi saya tolak. Kalau saya gelap mata, saya dah ambil. Tapi saya berfikir semula, semuanya adalah kerana kesetiaan.

“Saya ingat lagi, saya kurang menerima tawaran yang datang sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Antara salah satu klien yang telefon saya dan memberi tawaran kerja adalah Jakel. Jadi, saya memang ingat jasa mereka.

“Baru-baru ini, saya terima tawaran sebuah jenama lain. Banyak juga mereka tawar tapi tidaklah sampai berjuta. Mereka kata, berapa Jakel bayar kau, aku bayar ‘double’. Kemudian saya beritahu sekiranya Jakel sanggup bayar ‘double’, pihak itu sanggup bayar ‘triple’.

“Bagi saya, situasi sebegitu nampak seperti mereka nak berlawan. Kau bukan nak aku sangat, kau nak lawan sahaja, nak tunjuk kau boleh beli kita. Di situ pula kita kena tunjuk nilai kita. Mungkin orang lain boleh gelap mata dengan nilai itu, tapi saya tidak,” katanya.

Nabil ditemui di sidang media pelancaran kempen Raya Sakan 2024 di Jakel Mall, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Tambah Nabil, dia tidak menyesal dengan keputusan untuk setia bersama Jakel kerana enggan bersikap mata duitan.

“Saya tidak sesal dengan keputusan saya, sebab saya rasa tiada cara lain untuk saya membalas budi dan tiada cara lain nak beritahu orang yang saya setia di sini. Sebab di sini, kadang-kadang kalau tiada tawaran kerja pun, apabila saya risik dan bertanya, mereka memahami situasi saya dan mereka mewujudkan kerja yang saya boleh buat.

“Saya letakkan kesetiaan pada itu, bukanlah saya letak nilai pada duit semata-mata. Macam contoh Jakel sudah bagi saya pakaian Hari Raya selama sembilan tahun, bukan saya saja tapi keluarga saya termasuk ibu bapa saya.

“Jadi di mana saya mahu balas jasanya? Kesetiaan itu yang penting, ia bukan pada wang ringgit sebab saya bukan mata duitan,” katanya.

Dalam acara yang turut dihadiri oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamek Jakel itu, mereka melancarkan kempen Raya Sakan 2024 bagi menawarkan pakaian dan kelengkapan bagi persiapan sempena Aidilfitri, selama sebulan bermula hari ini.

Selari dengan moto kempen tahun ini bergaya sambil berjimat, Jakel menawarkan pakaian bercorak dan rekaan terkini meliputi pelbagai peringkat usia pada harga lebih rendah berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, Jakel turut melancarkan sketsa Raya yang dibintangi oleh Mimi Ernida, Lan Zailan, Mustaqim Bahadon, Halim Othman, Anas Ridzuan dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022

“Saya Pergi Dapatkan Rawatan” – Zizan Razak Pernah Alami Anxiety

Kesiannya dengan Zizan, apa-apa pun kena utamakan kesihatan dulu ya.

Events Tue, 1 Nov 2022

Media Prima Menang Besar di ASA 2022! Raih 16 Anugerah, Termasuk 2 Anugerah Utama Drama TV Terbaik & Juri Khas

Media Prima bolot dua anugerah utama menerusi Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022) yang dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) pada hujung minggu lalu. Drama berjudul Pencipta Pegang Waktu diiktirafkan sebagai Drama TV […]

Hiburan Mon, 9 Jan 2023

Fabulous Friday Tulus Ubat Rindu Peminat Malaysia

Penyanyi versatil, Tulus kembali ke Malaysia untuk menghiburkan peminat di Fabulous Friday Tulus yang berlangsung pada 5 dan 6 Januari lalu. Persembahan yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula jam 8.30 […]

Trending Fri, 5 Jul 2019

Adam Temui Ajal Digilis Bas Sekolah, Siapa Yang Harus Dipersalahkan?

Wan Mohammed Adam maut akibat terjatuh dari bas, siapa yang harus dipersalahkan?

Featured Wed, 2 Jul 2025
Hiburan Tue, 24 Apr 2018

Lan Solo Berhadapan ‘Anak Bawang’

Nasib baiklah bekas vokalis kumpulan Kristal ini memahami dan tidak menyalahkan mereka atas alasan fikiran kanak-kanak berkenaan masih belum matang.

Trending Mon, 25 Jan 2021

Bantuan Komputer Riba Untuk Pelajar B40, Inisiatif CERDIK Dilancar Februari Ini

Semoga dengan bantuan ini, nasib para pelajar terbela ❤️

error: Content is protected !!