Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 8, 2024 @ 6:18pm

[VIDEO] Sebak! Puteri Sarah Luah Isi Hati Pada Anak-Anak, Ibu Bapa & Keluarga Mentua – “Bukan Salah Kalian, Tapi…”

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana gagal tahan air matanya ketika memberi meluahkan isi hatinya kepada anak-anak, ibu bapa dan keluarga mentua yang banyak memberi sokongan atas ujian rumah tangganya sebelum ini.

Menerusi suntingan video podcasts Confession Bilik Gelap tular di aplikasi TikTok, aktres drama rantaian Suri Hati ini memohon maaf kepada anak-anaknya, Syaikhul Islam, 7, Sumayyah, 5.

Difahamkan Puteri Sarah belum lagi menerangkan tentang perkara rumah tangganya bersama bekas suami, Syamsul Yusof kepada kedua-dua cahaya matanya itu

“I’m sorry this thing happened to you. It is not you guys punya fault. Tapi ini adalah takdir.

“Jangan risau, mama dengan ayah memang sayang Syaikhul dan Sumayyah sangat-sangat.

“Insya-Allah, kami akan berikan yang terbaik kepada awak berdua,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah mengakui serta memohon maaf kepada kedua orang tuanya kerana tidak menjadi anak yang baik.

“Untuk mak ayah, saya minta maaf kalau selama ini saya bukan anak yang baik.

“Tapi sekarang saya cuba untuk jadi anak yang terbaik. Cuba membalas jasa,” katanya.

Dalam masa yang sama, Puteri Sarah meluahkan rasa syukur atas layanan ibu bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail tidak tumpah seperti anak kandung.

“Untuk mak mentua dan bapa mentua saya yang selama ini sokong saya, tak putus-putus sokong saya, walau apa pun yang saya buat.

“Tapi mereka masih menyayangi saya seperti anak mereka yang betul. Saya tak pernah rasa macam saya ni menantu,” ujarnya dalam sebak.

@puterisarahfanss_

#puterisarahliyana #andiarsyil #datinpatimah #datokyusofhaslam #andiarsyil #story🌷🤍 #🤍🤍🤍🤍🤍🤍🤍 #fypviraltiktok🖤シ゚☆♡ #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp #fyppppppppppppppppppppppp

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen berharap agar selebriti ini terus tabah dan kuat mengharungi ujian dalam kehidupannya.

Rata-rata netizen turut menzahirkan ucapan doa, selain sedih mendengar isi hati yang terbukunya.

Sekadar info, Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 namun berpisah talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.

Syamsul mendirikan rumah tangga kali kedua bersama anak pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar pada 6 Januari lalu di Songkhla, Thailand.

Artikel Berkaitan: Sempat Salam Cium Tangan Buat Kali Terakhir, Syamsul Yusof Cerai Puteri Sarah Talak 1

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Beritahu Syamsul Yusof Call Masa TikTok Live, Peminat Dakwa Ira Kazar Pura-Pura Bahagia? Netizen Komen: “Ayang Pun Rampas Orang Punya”

Artikel Berkaitan: “Suami Awak Voice Note Saya, Baik Check Call Log Dia,” – Puteri Sarah Usik Fake Akaun Dipercayai Milik Ira Kazar?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 11 Jul 2023
Hiburan Tue, 5 Feb 2019

‘Malaysia Tolong Buka Mata’- Amylea Mohon Bakat Kaer Azami Tak Dipandang Sepi

Malaysia, wake up! Betul apa kata Amylea tu…sayang sekali kalau orang berbakat besar macam Kaer tak dapat perhatian ramai.

Trending Wed, 28 Oct 2020

Kerana “Sabar”, Black Hanifah Tak Jadi Kahwin?

Soal jodoh dan pertemuan, semuanya telah ditentukan oleh Allah. Apatah lagi dalam mencari bahagia, ia bukan semudah disangka. Malah, melayari bahtera alam rumah tangga menuntut pengorbanan sekali gus menguji sejauh mana tahap sabar dan setia. […]

Hiburan Tue, 7 Nov 2017

PANAS!!! SHAHEIZY SAM SEKSI DALAM??????

Selepas kecoh di media sosial tentang abg sado Zul Ariffin yang rata-rata membuatkan peminat fanatiknya “bergetar Ovari” Kini giliran Sam pula yang memuat naik gambar tanpa baju di laman instagramnya. Tindakan tersebut lantas menarik perhatian netizen dan para peminat yang setia mengikuti perkembangan terkininya itu.

Trending Tue, 27 Mar 2018

为稳定薪水做无聊工作?放弃「这些」迎接精彩人生

你总是幻想着要有多多姿的人生,却始终不知道该如何前进?美国作家兼广播节目主持人Srinivas Rao建议大家要放下5件事,才能够迎来「与众不同」的精彩人生,值得好好深思。

error: Content is protected !!