Hiburan By: Fatin Nurain March 12, 2024 @ 2:04pm

Mahu Pertaruhkan ‘Atas Nama Cinta’, Salma Belum Menyerah

Penyanyi Salma Asis terus memperjuangkan tempatnya di dalam industri muzik tanah air menerusi lagu terbaharunya yang berjudul, Atas Nama Cinta, pada 23 Februari lalu.

Hadir dengan segunung harapan, Salma berharap lagu hasil ciptaan bersama Knight Cydeen dan Syaf Ramli dapat memacu kembali nama, seterusnya memahat posisi selesa pada perjalanan karier seninya selepas hampir 13 tahun berjuang.

Menurut Salma, dia tidak pernah lelah berusaha dan percaya ‘Atas Nama Cinta’ yang diterbitkan bersama Awal Muzik Entertainment dan CQ Music Malaysia itu mampu memberikan kepuasan buat peminat yang tidak jemu menanti karya terbarunya.

“Sebelum Atas Nama Cinta, ada beberapa single yang Salma hasilkan cuma kurang mendapat sambutan. Namun, Salma sentiasa percaya dengan rezeki yang tertulis dan berusaha mencari lagu baharu yang memenuhi kehendak Salma serta peminat.

“Sebaik mendengar lagu ini, terdetik di hati Salma untuk merakamkannya sebagai single terbaharu. Salma tertarik dengan komposisi dan lirik lagu ini yang sangat puitis.

“Kali pertama mendengar demo dan menghayati bait liriknya, Salma seperti mahu menangis. Serius, ia sangat menyentuh hati dan perasaan membuatkan Salma tidak mampu menolaknya,” katanya.

Untuk info, bakat Salma mula menyerlah selepas menyertai program Mentor musim kelima dan 3 Juara itu.

Tambah Salma, pengalaman lalu banyak membantunya sepanjang menyiapkan proses rakaman Atas Nama Cinta yang hanya memakan masa selama dua jam..

“Salma membuat persediaan lebih rapi, terutama dalam memahami melodi dan lirik supaya dapat memberikan penghayatan yang terbaik ketika proses rakaman. Salma tahu ramai yang menaruh harapan tinggi untuk melihat Salma terus mencipta kejayaan.

“Alhamdulillah, pengalaman lalu banyak membantu Salma ketika menyiapkan single ini. Mungkin dulu Salma lebih memikirkan bagaimana untuk mencapai nota-nota tinggi ketika menyanyi, tetapi sekarang itu bukan lagi keutamaan.

“Salma kini lebih memberikan fokus kepada penghayatan kerana mahu pendengar benar-benar merasai nyanyian Salma. Itu lebih penting kerana Salma mahu nyanyian Salma lebih seimbang, pada masa sama menyentuh hati ramai,” jelasnya.

Dalam pada itu, Salma mengakui single terbaharunya itu sedikit istimewa kerana lpernah cuba dirakamkan oleh beberapa penyanyi, tetapi tidak diterbitkan atas beberapa alasan.

“Mungkin ini yang dikatakan rezeki. Alhamdulilah, apabila lagu ini sampai ke tangan Salma, semua proses berjalan dengan begitu baik sekali.

“Cuma dari sudut susunan muzik, Salma minta diubah sedikit untuk disesuaikan dengan cara penyampaian Salma.

“Secara peribadi, Salma tiada masalah untuk bekerja dengan komposer senior atau baharu. Salma tidak pernah meletakkan sebarang syarat kerana apa yang penting, Salma mahu terus melangkah, berusaha dan bekerja keras untuk memastikan karya Salma diterima.

“Salma yakin pada rezeki dan siapa tahu lagu ini dapat membawa Salma untuk kembali beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu selepas kali terakhir membolosi dengan Akhirnya Cinta pada AJL 32,” katanya.

Sementara itu, Salma tidak menafikan ada ketika dia terkesan apabila peminat sering membandingkan kemampuannya dengan penyanyi lain.

Namun, dia percaya bahawa dirinya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang mampu membentuk identitinya sendiri

“Salma berterima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi kata perangsang dan semangat untuk Salma terus berkarya. Cuma, Salma berharap mereka menerima Salma dengan segala kelebihan dan kekurangan yang Salma ada.

“Pada era media sosial, perjalanan seseorang anak seni itu lebih mencabar tetapi Salma sentiasa positif. Salma peka dengan komen yang diberikan dan sentiasa berusaha memperbaiki diri.

“Atas Nama Cinta sangat bermakna buat Salma kerana ia menjadi pembakar semangat untuk Salma terus bertahan dalam industri muzik. Pastinya Salma ingin membawa bakat ini pergi lebih jauh,” katanya.

Salma bagaimana pun menyifatkan single yang berjudul Atas Nama Cinta itu sebagai permulaan yang baik buatnya

“Itu antara impian besar Salma dan semua itu tidak mustahil jika kita bekerja keras. Namun, Salma akur, semua itu berbalik kepada rezeki.

“Salma sangat berharap Atas Nama Cinta menjadi pilihan untuk dimainkan di stesen radio dan dapat dicalonkan dalam carta Muzik Muzik.

“Doakan semoga usaha terbaharu Salma ini membuahkan hasil kerana Salma juga memasang impian untuk melakar kejayaan besar dalam karier yang Salma cintai ini,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Fri, 24 Aug 2018

Hanya Celup, Cicah Dan Rasai Keseronokkan Dunk & Dip Hanya Di KFC

Rasai kelazatan dan kenikmatan hidangan terbaharu KFC Malaysia pastinya menjilat jari dengan Celup dan Cicah! 

Featured Tue, 13 Sep 2022
Featured Thu, 3 Nov 2022

“Slowly But Surely, Insya-Allah” – Tampil Berhijab, Ramai Doakan Erynne Erynna Kekal Istiqamah

Sebut saja nama Erynne Erynna sudah pasti ramai yang mengenali pelakon kanak-kanak yang sentiasa menghiasi drama dan filem tempatan dengan bakatnya. Namun, setelah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya, pelakon filem Congkak itu sudah jarang […]

Hiburan Fri, 17 Aug 2018

Fizz Fairuz Tak Tertekan Walaupun…

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin bersyukur sehingga kini bakatnya masih dilihat oleh penerbit dan pengarah tanah air. Bercakap mengenai perkembangan terbaru, Fizz bakal tampil dengan drama Kamar Kamariah menerusi slot Zehra. Dalam drama ini, Fizz berganding dengan pelakon hebat, Nabila Huda.