Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 18, 2024 @ 3:11pm

Anak Dah Balik Ke Pangkuan Keluarga, Ibu Aliff Aziz ‘Unfollow’ Bella Astillah – “Setiap Kesulitan Pasti Ada Kemudahan”

Ibu penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil didakwa sudah tidak mengikuti laman Instagram (IG) menantunya, Bella Astillah.

Namun begitu, hasil tinjauan ke IG Bella dilihat masih mengikuti akaun ibu mentuanya, @fizaaziz.

Bella Astillah

Bella Astillah

Sementara itu, Aliff dipercayai telah pulang ke pangkuan keluarganya di Singapura selepas namanya terpalit kontroversi ditangkap khalwat bersama pelakon Ruhainies.

Menerusi perkongsian di IGs, Fiza memuat naik video Aliff sedang memimpin bacaan doa selepas selesai menunaikan solat jemaah bersama.

“Dengan setiap kesulitan, pasti akan ada kemudahan,” tulisnya di hantaran tersebut.

Bella Astillah

Sebelum ini XTRA melaporkan Bella sudah tidak mengikuti akaun Instagram Aliff dan Ruhainies.

Artikel Berkaitan: ‘Unfollow’ Ruhainies, Bella Astillah ‘Block’ Aliff Aziz?

Bagaimanapun, hasil tinjauan mendapati ibu anak dua ini masih menyimpan foto-foto bersama suami serta rakan baiknya itu di laman Instagram.

Terdahulu, Aliff sekali lagi dilanda kontroversi apabila ditangkap khalwat kerana didakwa bersekedudukan dengan pelakon Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada 8 Mac lalu.

Dalam pada itu, menerusi satu kenyataan dimuat naik di Instagram, Ruhainies mengatakan dia hanya mengajak Aliff yang merupakan rakan baik selama 10 tahun untuk makan bersama ahli keluarga di kediaman miliknya.

Kata Ruhainies lagi, kakaknya pelakon Risteena juga sepatutnya datang ke kediaman namun terlewat atas tersangkut di kesesakan lalu lintas.

Susulan kontroversi tersebut, isterinya, Bella memfailkan permohonan cerai pada 11 Mac lalu.

Aktres drama rantaian Aku Tanpa Cintamu ini berkata dia tidak menghalang Aliff untuk bertemu anak-anak meskipun selepas mereka bercerai nanti.

Artikel Berkaitan: Didakwa Perangkap Aliff Aziz, Ini Jawapan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “JAWI Sampai Jam 11 Malam, Bukan 3 Pagi” – Dedah Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Risteena Harap Netizen Tak Terus Menghukum

Artikel Berkaitan: “Kenapa Tak Ajak Bella Or So Called ‘Bestfriend’ Makan Sekali?”- Eyra Hazali Pertikai Kenyataan Ruhainies Isu Tangkap Khalwat

Artikel Berkaitan: “Ini Mungkin Yang Terbaik” – Bella Astillah Fail Cerai Secara Ekspres Terhadap Aliff Aziz

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak-Anak Tak Terkesan Isu Panas Aliff Aziz, Bella Astilah Harap Penceraian Dapat Perbaiki Diri Masing-Masing

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Macam Tak Ada Apa” – Ruhainies, Aliff Aziz Dalam Tempoh ‘Bertenang’, Fokus Shooting Saat Bella Astillah Tuntut Cerai

Artikel Berkaitan: ‘Tikam Belakang’ Kawan Punca Nama Ruhainies Digugurkan, A Aida Beri 3 Kontrak Drama Kepada Bella Astillah – “Dia Minta Maaf Pun Tak Terima”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isu Dakwaan Berkhalwat Tak Ganggu Emosi, Ruhainies Tetap Komited Dengan Kerja – “Saya Tak Takut, Berani Sebab Berada Di Pihak Yang Benar”

Artikel Berkaitan: Guna Alasan Nak Cipta ‘Chemistry’, Individu Dedah Ruhainies, Aliff Aziz Siap Ada Panggilan ‘Baby’?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 12 Feb 2021

KPM Bakal Perkenalkan Saluran Khusus TV Pendidikan Melalui DidikTV KPM

Bermula 17 Februari ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan saluran khusus TV Pendidikan yang dikenali sebagai DidikTV KPM. Saluran ini bersiaran bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari dan pelancaran DidikTV […]

#tilljannah Wed, 14 Dec 2022

Nyanyian Setanggi Syurga Suami Buat Tasha Manshahar, Peminat Puji Kelunakan Suara Raqib Majid

Sudah lama tidak mendengar berita mengenai Tasha Manshahar yang menyepi dari dunia nyanyian. Kini selesa bertugas selaku pendidik, Tasha bahagia bersama suami, penyanyi Raqib Majid dan dua orang anak, Muammar dan Mateen. @iamtashamanshahar Best jugak […]

Hiburan Wed, 13 Dec 2023
Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Bang Bang! Giliran Caprice ‘Tegur’ PU Amin

Doa untuk mereka bukan dengan membuat andaian agama sebagai sebab mengapa ini berlaku. Harap PU faham. Salam dan semoga Allah merahmati…Terbaik Caprice!

Featured Wed, 29 Jun 2022

“Tinggal 10 Peratus… Selagi Bateri Ini Tidak Mati, Selagi Itu Saya Bernafas…” – Bob Lokman Akui Keadaan Jantung Makin Kritikal

Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman mengakui keadaan jantungnya kini berada ditahap yang kritikal dan hanya mengharapkan pada penggunaan jantung kombinasi bateri iaitu alat bantuan jantung, Implantable Automatic Cardioverter Defibrilator (IADC). Menurut Bob Lokman atau […]

Featured Sat, 19 Mar 2022

Kerajaan Meluluskan Kadar Gaji Minimum RM1,500 Sebulan Bermula 1 Mei Ini – PM

Alhamdulillah, berita baik buat semua rakyat Malaysia 🤩

Hiburan Wed, 2 May 2018

Takut Dipanggil Gemuk, Tengok Apa Kanye West Buat

Ibu Kanye, Donda West meninggal dunia pada tahun 2007 akibat komplikasi selepas mengalami pembedahan plastik termasuk liposuction.