Hiburan By: Khairil Khusyairi March 18, 2024 @ 2:53pm

Mohon Dana Tapi Tak Dilayan, Jasmine Suraya Terpaksa Jual Aset Demi Sambung Belajar di LA

Pelakon Jasmine Suraya memaklumkan dia memerlukan perbelanjaan sebanyak RM400,000 bagi menampung kos pengajiannya di Lee Strasberg Theatre and Film Institute, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), pada April.

Bercakap kepada XTRA, Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin Xian Mei, 35, terpaksa menjual aset peribadinya seperti kereta dan beberapa barangan peribadi.

“Nak pergi AS perlu belanja yang tinggi dengan keadaan pasaran mata wang kita sekarang. Jadi, saya perlu bajet antara RM300,000 hingga RM400,000.

“Jadi saya jual barang-barang saya seperti kereta dan benda peribadi lain yang sudah tidak ada nilai.

“Barang yang ada harga, saya simpan manakala yang lain saya jual dan laburkan kepada perkara lebih baik,” katanya kepada pemberita.

Jasmine Suraya ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran Mask Team di Restoran Palmierra 28, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah pelakon filem Paskal itu, dia memaklumkan sebelum ini meminta menangguhkan pengajian kerana menerima tawaran berlakon di Indonesia.

“Saya akan berangkat ke London untuk bercuti selama dua minggu dan kemudian ke LA sebab kelas mula awal April.

“Awalnya saya tolak tawaran berlakon di Indonesia tetapi selepas bertemu pengarah dan tahu cerita lebih lanjut, sayang pula kalau tidak cuba.

“Apabila saya maklumkan pusat pengajian, mereka benarkan saya menangguhkan pengajian selama tiga hingga empat bulan,” ujarnya.

Dalam pada itu, anak kelahiran Sarawak ini mengakui terkilan apabila gagal mendapatkan sokongan kerajaan Sarawak bagi mendapatkan dana.

“Saya cuba menghubungi dan mesej kerajaan Sarawak tetapi tidak dipedulikan. Saya kecewa sebab sudah hantar permohonan banyak kali.

“Mereka ada dana untuk perkara lain tapi tidak ada untuk pembangunan bakat, modal insan. Bagi saya, agak terkilanlah. Tidak mengapa kalau tak bagi saya.

“Tapi ada ramai lagi bakat-bakat yang datang daripada latar belakang tak seberapa. Mungkin tak ada duit nak pergi jauh tapi sangat berbakat,” tutupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jasmine Suraya Umumkan Berehat Daripada Berlakon, Kejar Impian Di Los Angeles! – “Saya Orang Malaysia Pertama Yang Diterima Masuk…”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 18 Jan 2021

BPR 2021: Cara Mudah Kemaskini Permohonan

Korang dah kemaskini ke belum? Jom buat sekarang!

Featured Thu, 15 Dec 2022
Featured Tue, 5 Sep 2023

Kekal Positif! Chef Wan Kini Berimej Botak Akibat Kesan Rawatan Kemoterapi

Alahaiiii… terus semangat Chef Wan! Kami doakan yang terbaik 💗

Hiburan Sat, 18 Jan 2020

Elly Mazlein Akhirnya Dedah Wajah ‘Papa Awan Nano’ Di Majlis Berinai

Tak sabar nak tunggu hari pernikahan Kak Lina Pom Pom malam ni!

Featured Tue, 27 Jul 2021

Video Tular Di Internet: Netizen Dakwa ‘Deep Fake’, Cubaan Jatuhkan Pendakwah Terkenal

Sebuah video tular yang dikatakan mirip pendakwah terkenal mengejutkan ramai netizen di media sosial. Video yang mengandungi perlakuan tidak sopan tersebar dan warganet menyifatkan ia adalah video palsu. Netizen turut mendakwa ia merupakan salah satu […]