Euforia Bola 2026
Figura By: Khairil Khusyairi March 26, 2024 @ 3:29pm

Safee Sali Mengaku Dah Kahwin Wanita Lain – “Bagi Saya Yang Halal Tiada Salah”

Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali mengaku sudah mendirikan rumah tangga dengan wanita lain.

Menurut laporan Sinar Harian, Safee atau nama sebenarnya, Mohd Safee Mohd Sali, 40, beranggapan tiada halangan untuk mana-mana individu mahu berkahwin selagi ia sah dan menepati syarak.

“Betullah (saya sudah kahwin), apa salahnya?

“Bagi saya yang halal tiada salah, jadi kita teruskan sahaja kehidupan,” katanya ketika ditemui di pekarangan lobi Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Namun demikian, bekas pemain bola sepak kelab Johor Darul Takzim (JDT) itu tidak menyatakan secara terperinci isteri baharu yang didakwa dinikahinya pada 26 Januari lalu.

Safee turut memaklumkan, kedua-dua anaknya kini berada bersama dengannya dan berada dalam keadaan baik.

“Saya pun tidak lepas daripada melakukan dosa kerana masing-masing ada melakukan dosa, sebaliknya saya belajar daripada apa yang terjadi.

“Alhamdulillah semua anak saya dalam keadaan sihat dan mereka pun puasa penuh (sepanjang Ramadan) ini.

“Tentunya sebagai seorang bapa, saya ingin melihat anak-anak berada dalam keadaan terbaik terutama dari segi keselamatan dan pendidikan,” tambah beliau.

Sementara itu, Fitria Elfina bersyukur proses perceraiannya dengan bekas suami dipermudahkan.

Namun, suri rumah itu mendakwa masih belum dapat berhubung dengan anak-anaknya sejak lebih sebulan lalu.

“Saya cuba berkomunikasi dan hubungi dia (Safee) tanya tentang anak kami tetapi Safee tidak jawab.

“Setakat ini saya belum dapat berjumpa dengan anak-anak, sebagai seorang ibu tentunya saya sangat rindukan mereka.

“Harapan untuk saya jumpa anak masih tergantung dan saya akan pertahankan hak penjagaan anak-anak,” ujarnya.

Safee dan Fitria sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, hari ini.

Untuk rekod, Safee bernikah dengan Fitria Elfina yang merupakan warga Indonesia pada 21 Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

Safee juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Sabarina Yusof pada 2007 sebelum berpisah pada 2 April 2012 dan dia juga mempunyai dua anak.

ARTIKEL BERKAITAN:

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Kahwin Baru Secara Sembunyi Di Siam 26 Januari Lalu” – Diceraikan Melalui Voice Note, Serik Mental Didera.. Isteri Safee Sali Dakwa Dilayan Seperti Sampah

ARTIKEL BERKAITAN: Rindukan Anak, Isteri Dakwa Safee Sali Bawa Keluar Dua Anak Sejak Februari

Sumber: Sinar Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Thu, 5 Jun 2025

REV Media Group Bawa 200 Penonton Terdiri Dari Anak-Anak PPR Ke Tayangan Filem Ejen Ali The Movie 2

REV Media Group (REV) rai 200 penonton terdiri dari 100 komuniti Program Perumahan Rakyat (PPR)

Trending Tue, 26 Mar 2019

冰岛小镇「 3D 斑马人行穿越道」势必让高速行驶车辆都减速

在冰岛里的小渔村,有一项令人兴奋的道路安全设计!

Hiburan Fri, 26 Sep 2025

Lebih 400 Hari Ingkar Bayaran Saman Hampir RM300,000, Rafidah Ibrahim Kini Berdepan Risiko Muflis & Aset Disita

Rafidah Ibrahim berdepan muflis, aset disita sekiranya gagal bayar saman fitnah berjumlah RM200,000

Hiburan Sun, 14 Apr 2019
Hiburan Tue, 27 Nov 2018

Tiga Lagu Hael Ke AJL 33, Nabila Razali Janji ‘Turun Padang’

Sweet je tengok dua selebriti ni kan. Teman tapi mesra gituew…

Events Tue, 24 Jun 2025
Featured Wed, 10 Jul 2024
Hiburan Thu, 25 Jul 2019
error: Content is protected !!