Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 27, 2024 @ 9:54am

5 Tahun Tiada Pendapatan Tetap & Ditanggung Adira Suhaimi… Datuk Red Cari Kerja Demi Langsai Hutang Cecah RM5 Juta – “Saya Muflis Sejak 2019”

Suami pelakon dan penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red mencuri perhatian ramai yang sedang mencari peluang pekerjaan demi melangsaikan hutang serta memberi nafkah kepada anak-anaknya.

Datuk Red berkata demikian menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok miliknya, semalam.

“Misi mencari pekerjaan. Harap ada sudi memberi.

“Saya nak mencari rezeki demi anak-anak dan membayar hutang. Semoga tuan-tuan semua dimurahkan rezeki. Bantu-bantu follow akaun saya,” tulisnya lagi.

Datuk Red

Memetik laporan mStar, Datuk Red tidak menafikan syarikatnya sudah muflis sejak 2019 lagi sehingga terpaksa bergantung kepada isterinya, Adira Suhaimi.

“Macam inilah kehidupan, betul saya sedang mencari kerja. Saya sebenarnya sudah diisytiharkan bankrap sejak 2019.

“Perkongsian cari pekerjaan di TikTok itu saya beranikan diri sahaja. Malu belakang kira.

“Saya tak boleh tinggal diam biarkan orang rumah tanggung saya. Saya tak kisah kerja apa janji halal.

“Selama ini Adira yang banyak tolong saya. Saya harap kisah saya ini orang tak kaitkan dengan dia.

“Dia pun manusia biasa ada keinginan, sudah lima tahun dia (Adira) tanggung biawak hidup,” katanya lagi,” katanya.

Datuk Red

Sementara itu, sepanjang lima tahun tidak mempunyai pendapatan tetap itu, Datuk Red sudah berusaha pelbagai cara untuk melangsaikan hutang cecah jutaan ringgit, termasuk cuba menjadi pemandu e-hailing.

Lebih menyedihkan, Datuk Red yang tertekan dengan keadaan kewangannya kini mengakui pernah terdetik untuk menamatkan hidupnya.

“Saya dah silap langkah, Saya ada bekerjasama dengan sebuah syarikat untuk projek mendirikan perumahan, namun projek itu gagal dan saya muflis.

“Asalnya saya berhutang hanya RM900,000 sahaja. Tapi berkait-kait dan saya congak-congak jumlah hutang saya sekarang RM5 juta hingga RM7 juta.

“Ada juga pihak yang datang ke rumah menuntut, tapi saya tiada duit nak bayar. Bukan saya tak mahu bayar cuma sedang berusaha.

“Ada yang cadangkan suruh saya jadi pemandu e-hailing tapi itu sekadar melepaskan tengkuk saya saja.

“Kadang-kadang sampai terfikir kalau ada mesin tarik nyawa memang saya nak cuba sebab sudah tak larat.

“Tapi bila fikir anak-anak dan agama saya terus kuat. Tapi sejujurnya saya memang tertekan dan down,” katanya.

Adira memfailkan penceraian terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman pada 25 Oktober tahun lalu

Manakala isteri pertamanya, Datin Red atau Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim memfailkan perceraian Januari lalu.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata.

Hasil perkahwinan Datuk Red bersama isteri pertama pula dikurniakan lima orang cahaya mata.

Ketika diusia 20 tahun, Datuk Red juga pernah berkahwin namun berpisah selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Artikel Berkaitan: “Saya Sangat Mudah Memaafkan, Tapi Untuk Bersua Muka Insya-Allah Tidak” – Adira Suhaimi

Artikel Berkaitan: “Kau La Terpaling Tersakiti, Acah Mangsa!”- Dituduh Jahat, Status Adira Suhaimi Tuju Pada Siapa?

Artikel Berkaitan: Adira Suhaimi & Madu Fail Cerai Serentak, Datuk Red Bertegas Pertahankan Kedua-Dua Rumah Tangga – “Kebetulan, Bukan Sepakat”

Artikel Berkaitan: “Saya Nekad Untuk Berpisah” – Datin Red Nafi Fail Cerai Sebab Suami Ada Masalah Kewangan

Artikel Berkaitan: “Jangan Ambil Kesempatan Atas Kebaikan Saya”- Adira Suhaimi

Sumner: mstar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 1 Aug 2018

Samsung’s First Mini-Drama Amira Rose Scores a Successful Hit

The series garnered over 10 million views and emerged as top five most-watched drama in June.

Trending Thu, 25 Jul 2019

4 Tabiat Ibu Bapa Yang Boleh Menghalang Kreativiti Anak-Anak

Mula jadikan rumah dan diri anda sebagai salah satu persekitaran yang boleh menyokong kreativiti anak anda

Featured Sun, 20 Jun 2021

Ramai M40 Tergelincir Kepada B40, Beri Kelonggaran i-Sinar 2.0 Secara Bersasar – Pakar Ekonomi

Baru baru ini, terdapat laporan yang mengatakan lebih daripada 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan (M40) tergelincir ke kategori golongan berpendapatan rendah B40 kerana krisis Covid-19 sekali gus memberikan tamparan hebat kepada rakyat Malaysia. […]

Featured Thu, 19 Jan 2023
Featured Wed, 15 May 2024
Featured Fri, 5 Feb 2021
Featured Tue, 7 Feb 2023
Events Tue, 27 Feb 2018

Siapakah Gadis Sosok Ayu, Bintangi Program Realiti Online Terbit Single Baharu?

Selain menjadi usahawan yang berjaya, Princess kitani juga sedang berjinak-jinak dalam dunia nyanyian dan bakal mengeluarkan satu single terbaru miliknya tidak lama lagi. Mesti best kan?

error: Content is protected !!