Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi March 29, 2024 @ 11:36am

Puteri Sarah Teruja Bawa Watak Polis, Akui Senang Bekerjasama Dalam Drama Arahan Bapa Mentua

Aktres Puteri Sarah berkongsi dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama Polis Peronda yang bakal ditayangkan di TV3 kelak.

Bercakap kepada XTRA, selain kembali memasuki set penggambaran, dia kini juga turut sibuk menguruskan perniagaan yang semakin maju.

“Saya sekarang sedang sibuk buat penggambaran dengan Skop Production. Saya bawa watak seorang polis.

“Dalam masa sama, saya juga sedang sibuk uruskan perniagaan yang makin membesar, Alhamdulillah.

“Untuk perniagaan, saya sibuk terbang ke negara-negara jiran khususnya,” katanya.

Dalam pada itu, ibu tunggal kepada dua cahaya mata ini mengakui teruja apabila bekerjasama dengan bapa mertuanya yang juga pengarah dan penerbit drama Polis Peronda, Datuk Yusof Haslam.

“Persiapan untuk bawa watak polis itu memang baik, kami memang berlakon dengan polis yang betul yang berpangkat Inspektor dan Sarjan.

“Dari segi pakaian uniform, cara percakapan dan penyampaian arahan juga diajar oleh pegawai polis yang sebenar.

“Saya seronok sangat sebab ini kali pertama saya bawa watak polis, arahan juga daripada bapa mertua, penulisan skrip juga dia jadi saya rasa seronok, senang,” ujarnya lagi.

Polis Peronda turut menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Raja Afiq, Shah Iskandar, Ramona Zamzam, Ali Reza dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 14 Feb 2020
Featured Thu, 27 Nov 2025

Sharnaaz Ahmad Luah Rasa Rindu Buat Arwah Ayah – “Terima Kasih Ajar Saya Jadi Manusia Kental”

Sharnaaz Ahmad berkongsi momen penuh emosi apabila dia kembali mengenang pemergian arwah ayahnya, Datuk Basir Ahmad Nazir Ahmad

Featured Thu, 10 Jul 2025
OMG Mon, 2 Jul 2018

Kenapa Agaknya The Family UK Semakin Menjadi Sebutan?

Omar Mukhtar atau lebih dikenali sebagai @thepawsomelion ini sekali lagi mendapat liputan apabila remaja yang baru berusia 11 tahun itu berjaya memasuki sekolah terbaik dunia

error: Content is protected !!