Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain April 2, 2024 @ 11:26am

Lantang Bandingkan ‘Rate’ Cast Drama Korea & Melayu, Nazim Othman Pertahankan Nasib Pelakon & Krew Industri Seni Tanah Air – “Let Me Be The Villain Of The Year”

“Let me be the villain of the year,” demikian kata pelakon Nazim Othman yang lantang membandingkan ‘rate’ pelakon drama Korea dan Melayu menerusi sebuah hantaran di Instagram, malam tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Nazim tampil memuji sebuah Kdrama yang berjudul Queen Of Tears yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Song Joong Ki, Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won dalam satu skrin.

”The kind of thing Kdrama can do, Malaysian drama could never. When they position Song Joong Ki, Kim Soo Hyun and Kim Ji Won in one frame considering how expensive their rates are,” katanya.

Sementara itu, Nazim turut menyenaraikan beberapa masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pelakon tanah air setiap kali bekerjasama dengan mana-mana produksi untuk menjayakan sesebuah drama.

”Meanwhile in Malaysia, most of contracts untuk pelakon dan krew produksi berat sebelah dan menangkan pihak produser sahaja. Tanya rate para pelakon dan krew tapi akan buat apa saja untuk minta diskaun all the time.

“Sesetengah pihak produksi akan melabel para pelakon yang mahu mempertahankan “Rate” mereka sebagai pelakon-pelakon bermasalah atau demanding.

“Sebagai pencerahan, bayaran untuk para pelakon dan krew di Malaysia jauh lebih rendah berbanding negara-negara serantau (Tidak semewah sangkaan masyarakat tempatan),” jelasnya yang nekad mendedahkan masalah dalaman sesetengah produksi.

Bukan itu sahaja, Nazim yang kini membintangi drama Wanita Syurga itu turut menyatakan sebagai pelakon mereka perlu menyediakan pakaian atau ‘prop’ sendiri meskipun tiada bayaran tambahan.

“Expect para pelakon dan krew berikan 100 peratus tapi kebanyakan produser tidak. Seandainya pelakon atau krew lewat ke lokasi akan dijadikan bahan sensasi berita. Tapi sekiranya mereka lewat melunaskan bayaran semua orang kena tabah dan redha (reda).

“Bayaran setelah diskaun untuk setiap pelakon dan krew untuk setiap projek adalah secara ‘One-Off’. Sekiranya drama dijual ke platform lain setelah tayangan di TV tiada royalti untuk pelakon dan krew,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by nazimothman (@nazimothman)

Terdahulu, Nazim tampil mengumumkan dirinya nekad mahu bersara dari industri seni tanah air.

ARTIKEL BERKAITAN: “Semua Benda Saya Dah Fikir” – Nazim Othman Umum Bakal Bersara Dari Industri Seni

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Jan 2024
Featured Thu, 8 Apr 2021

“Mak Tiri Tak Tahu Hukum Hakam Ke?” – Nak Kahwin Anak Tiri Sendiri, Tak Sempurna Mencintaimu Buat Ramai Sakit Hati

Sejak akhir akhir ini, Drama Tak Sempurna Mencintaimu sering kali menjadi perdebatan di kalangan penonton di media sosial. Sebaik sahaja drama ini bersiaran, laman media sosial akan dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para penonton yang […]

Featured Fri, 19 May 2023
Hiburan Sun, 7 May 2023

Azmi Saat Dan One Path Bekerjasama Lancarkan Lagu Bertemakan Perjuangan

Wah lain betul penyampaian lagu ni memang terbaik

Events Sun, 22 Dec 2024

Teater Muzikal Sudirmania Bakal Ubat Rindu Peminat

Teater Muzikal Sudirmania ini pastinya naskhah yang tidak hanya didendangkans ahaja.

Events Wed, 2 May 2018

Teringin Cari Jodoh Di Facebook? Baca Ini!

Ciri baharu ini akan membantu orang ramai menjalin hubungan sebenar, bagi tempoh yang panjang dan bukannya untuk suka-suka

Featured Fri, 1 Oct 2021
error: Content is protected !!