Selebriti By: Atiqah Johari April 4, 2024 @ 12:33pm

Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Tiba-Tiba Nak Cerai Lepas Habis ‘Shooting’

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah sekali lagi membuat pendedahan mengenai konflik rumah tangga yang dialaminya.

Dedah Bella, suaminya, Aliff Aziz meminta untuk bercerai secara tiba-tiba sejak Februari lalu dengan alasan sudah tiada perasaan sayang terhadapnya.

“Sebenarnya, sebelum ini pada 14 Februari, Aliff minta cerai dia cakap dia dah tak ada perasaan. Dia kata dia dah tak rasa apa-apa. Masa tu pelik, kenapa tiba-tiba ni? Nak minta cerai ni? Tak ada ribut, tak ada angin. Dia cakap Allah bagi perasaan itu. Tapi, masa itu saya tak tahu lagi kewujudan Ruhainies ni.

“Jadi, saya merayu dengan dia. Jangalah kesian dekat anak-anak. Saya boleh tunjuk sebab sekarang saya tahu Ruhainies rancang semua ini. Ruhainies behind it sebab Aliff pernah cakap. Benda ini (gosip dengan Muaz) dah lama sangat. Kenapa nak keluarkan hari ini? pelik tak?

“Saya pujuk Aliff siap hantar video tapi apa yang dia cakap dekat saya ‘dah tak rasa apa-apa pun’. Dia cakap dia nak cerai pada 31 Mac di mana habis shooting. Tahu tak sepanjang menunggu dia nak ceraikan saya tu, saya melalui hari-hari tu macam tak ada semangat.

“Kenapa aku nak kena cerai tiba-tiba ni? Kita happy, kita pergi Penang, kita pergi bercuti, kenapa tiba-tiba? That’s why saya solat istikharah dan sebagainya. Sebelum dia nak ceraikan saya Allah tunjukkan kes khalwat.

“Sebab itu saya fail cerai. Inilah jawapannya. Inilah sebabnya tak balik rumah, tiba-tiba nak cerai,” dedahnya kepada XTRA.

Terdahulu, Bella nekad dengan keputusannya untuk berpisah dan memfailkan perceraian secara ekspres di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 12 Mac lalu.

Artikel Berkaitan: Plot Twist…. Didakwa Curang Dengan Muaz Zabir, Sebenarnya Bella Astillah Cuma Mahu Buat Aliff Aziz Cemburu

Artikel Berkaitan: “Dia Turut Curang Dengan Adik Saya Sendiri” – Simpan Semua Bukti, Bella Astillah Dedah Aliff Aziz Curang 11 Kali

Artikel Berkaitan: Ibu Aliff Aziz Kongsi Pandangan Ikhlas – “Air Mata & Lakonan Hebat Boleh Tutup Mata Manusia”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 6 Aug 2019

Elak Cinta Lokasi, Ini ‘Strategi’ Shukri Yahaya!

Saya tahu had saya sebagai suami dan bapa…terbaiklah!

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

李幸倪为演唱会试造型「真空上阵」尽显背肌和纤腰

距离Gin李幸倪首个香港红馆《First Of All Live》演唱会不足一星期时间,日前Gin为演唱会试造型,其中蓝色夜空长裙最为性感夺目!

Featured Mon, 30 Jan 2023
Hiburan Wed, 20 Feb 2019

‘Mula-Mula Takut…’- Jaja Iliyes Kongsi Pengalaman Berlakon Dengan Micheal Ang

Bintang semakin menyinar ini katanya teringin bawa watak perempuan psiko.

Hiburan Wed, 6 Jun 2018

Victor李俊颉接拍《我要做业主》当男一

马港合作的动作电影《我要做特务》于上个月来马拍摄,日前电影公司梦行者集团乘胜追击,再度来马开拍《我要做业主》并找来Victor李俊颉当男一。

Trending Mon, 22 Oct 2018

Tempoh Reman Suspek Langgar Lari Disambung

Yang dibebaskan semalam dengan jaminan polis ialah seorang lagi lelaki warga Libya dan seorang wanita tempatan.