Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi January 30, 2023 @ 6:02pm

Netizen Dakwa Makin Selekeh Selepas Kahwin? Ini Respons Remy Ishak…

Pelakon Remy Ishak menerima kritikan yang diterimanya dengan terbuka apabila ada pihak yang menggelarkannya ‘selekeh’ sejak mendirikan rumah tangga.

Memetik laporan Kosmo, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak menganggap sesetengah peminatnya bersikap ragu-ragu apabila dia mendirikan rumah tangga.

“Benda ini memang dah jadi lumrah buat saya. Pandangan atau mentaliti orang memang begitu.

“Saya sama sahaja. Biasa sahaja. Saya tak sedar pun tapi orang lain mungkin perasaan benda itu (perubahan penampilan).

“Mungkin para peminat, sebilangan mereka skeptikal apabila artis kesayangan mereka dah jadi hak milik seseorang, terus dah jadi lain,” katanya.

Tambah pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu, minat seseorang akan berkurangan sekiranya artis kegemaran mereka sudah berkahwin.

“Macam kalau saya suka kepada seseorang atau suka tengok seseorang, tapi bila orang itu buat silap sikit, rasa minat itu hilang.

“Benda ini normal. Kadang-kadang bila kita dah kahwin, minat orang menjadi berkurangan. Muncul dakwaan yang tak okey dan sebagainya.

“Tak mengapalah. Saya pun sebenarnya tak tahu nak komen apabila orang fikir saya begitu (selekeh lepas kahwin),” ujarnya.

Remy yang akan muncul dalam filem Harum Malam turut berkata, sehingga kini masih terdapat tawaran berlakon untuknya biarpun sudah menjangkau umur.

“Ada peminat ke, tiada peminat ke, saya pun tak tahu. Saya bawa diri macam biasa.

“Saya sendiri tak sedar sama ada digilai atau tidak. Tapi, alhamdulillah sampai sekarang usia dah 40 tahun, tawaran berlakon masih ada (ketawa),” katanya.

Sekadar info, Remy dan Ezza atau nama sebenarnya Roszaliza Yusof berkahwin pada 21 Ogos 2021 di sebuah majlis tertutup.

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 30 Nov 2023
Hiburan Fri, 6 Jun 2025
Hiburan Tue, 1 Aug 2023

[VIDEO] Jejak Kasih! Ini Reaksi Siti Nurhaliza Bila Jumpa Anak Angkat, Oddah Anak Sharifah Shahirah

Sempoi lah Oddah ni! Gelisah dia nak jumpa Mummy Siti Nurhaliza 🤭

Hiburan Wed, 21 Jun 2023

Suami Arwah Rohana Jalil Mahu Ambil Tindakan Ke Atas Pihak Yang Cuai Buat Pembedahan

Allahu..semoga Arwah Rohana Jalil ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Featured Wed, 15 Oct 2025

Doktor Kongsi Keadaan Ardell Aryana Selepas Habis Misi Kemanusiaan – “Dia Nyawa-Nyawa Ikan Pun Dia Kata Okay”

Jelasnya, Ardell adalah peserta yang paling teruk diuji dalam misi kali ini kerana keadaan badan Ardell yang asyik kekurangan air, pucat dan tekanan darah yang tidak berapa baik.

Hiburan Thu, 10 Oct 2024

Shamsul Ghau Ghau Puji Fattah Amin Tak Buka Aib Fazura – “Berdiam Diri Tak Bermakna Kalah, Kebenaran Akan Muncul”

‘Kenapa yang buruk-buruk nak cerita kat orang, diam sudah’ – Shamsul Ghau Ghau

Hiburan Mon, 2 Dec 2024
error: Content is protected !!