Euforia Bola 2026
Replicated Draft By: Nabihah April 8, 2024 @ 4:27pm

[VIDEO] Raya Dah Tak Sama? Iklan Raya Ni Kongsi Momen Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mertua!

Bukan mudah nak biasakan diri dengan persekitaran baru.

Apatah lagi apabila hampir kesemuanya berbeza.

Adakah raya masih sama? Bagaimana pula dengan juadah yang ada? Banyak persoalan yang akan bermain di minda.

Tetapi itu bukan halangan untuk kita meraikan Aidilfitri bersama insan tersayang, korang setuju tak?

‘Makna Raya Si Menantu’ kongsi momen pertama kali beraya bersama keluarga baru!

Tampil dengan iklan raya “Makna Raya Si Menantu” untuk tahun 2024, Maxis mengangkat tema dan jalan cerita mengenai dilema menantu apabila pertama kali beraya di rumah mertua.

Bukan mudah nak menyesuaikan diri dalam suasana baru bersama-sama dengan individu yang tidak dikenali.

Akan tetapi tak semestinya berbeza dan berlainan cara itu sesuatu yang salah.

Asalkan kita sudi mencuba pasti ada banyak pengalaman yang boleh kita timba.

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Lagipun, ini la peluang kita nak menyelami ikatan baharu seikhlasnya.

Sarat dengan pelbagai emosi positif!

Iklan Raya Viral 2024, Makna Raya Si Menantu

“Terpancar indah makna Aidilfitri, tersimpul silaturahim penuh erti”, inilah kata-kata yang ingin disampaikan melalui iklan raya tahun ini. Maxis mahu korang sebagai penonton sentiasa berfikiran positif dalam menerima pengalaman baharu.

Jangan ada syak wasangka sebaliknya, jalani dan nikmati apa yang ada dihadapan mata korang dengan hati terbuka.

Walau di mana sahaja korang berada, makna raya dan kemeriahannya akan tetap sama dan ianya akan menjadi satu kenangan terindah yang akan korang ingati selamanya.

Selamat hari raya daripada Maxis untuk semua dan jangan lupa tonton iklan raya viral 2024, Makna Raya Si Menantu!

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 7 May 2025

[VIDEO] “Jalan Kaki 15KM Bawa Perut Lima Bulan” – Telefon Mati, Siti Jamumall Kongsi Detik Cemas 

Bateri telefon mati, Siti Jamumall terpaksa berjalan selama 15 kilometer semeter

Hiburan Fri, 22 Nov 2024

“Tak Perlu Tunggu Jadi Baik” – Aliff Aziz Ajak Peminat Selawat 1,000 Kali Sehari

Aliff Aziz ajak peminat berselawat 1,000 kali selama 40 hari

Hiburan Sun, 2 Apr 2023
Trending Tue, 15 Sep 2020
Hiburan Wed, 18 Oct 2023
Featured Wed, 26 Feb 2020

Ibu paksa ustazah merangkak di depan murid diserang Bawang Rangers

Pemilik akaun Ajakati Ajakatin tutup akaun

Featured Mon, 25 Apr 2022

Ibu Achey Meninggal Dunia

Alfatihah.. Salam Takziah..

Trending Mon, 26 Aug 2019

Kerana Percaya Pada ‘Polis Palsu’ , Rugi RM67,000

Kerana percaya pada ‘polis palsu’ , rugi RM67,000

error: Content is protected !!