Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 27, 2024 @ 11:42am

Tolak Dakwaan Jadi Peminat, Sarah Yasmine Dedah Tak Suka ‘Attitude’ Meerqeen – “Dia Macam Sophia Kan? Cari Tapi Saya Tak Layan”

Selepas Meerqeen memberikan kenyataan bahawa dia dan Sarah Yasmine yang juga merupakan kekasih gelap Aliff Aziz, hanyalah sekadar peminat dan artis, wanita asal Singapura itu bagaimanapun tampil memberikan penjelasan sebenar.

Kata Sarah, dia tidak pernah menjadi peminat teraju utama drama Melur Untuk Firdaus itu apatah lagi bercakap dengannya sehinggalah pada Ogos 2022.

Menurutnya, dia tidak pernah menyukai Meerqeen kerana aktor itu mempunyai sikap berlagak.

“Saya tak pernah minat Meerqeen. 2019 di TikTok? Mungkin sebab dia berwajah tampan tapi selepas video pada tahun 2019 itu, saya tak pernah bercakap dengan dia sampai lah Ogos 2022, saya bukan peminat dia.

“Saya tak pernah suka dia sejak dia ada perangai ‘sebab saya Meerqeen’ jadi apa yang dia nyatakan dah dapat jangka,” ulasnya.

Dalam pada itu, Sarah memberitahu hubungan rapat dengan aktres, Anna Jobling juga mempunyai kaitan dengan Meerqeen.

Ini kerana, dia muncul selepas Meerqeen dan Anna berpisah.

“Dan ada sebab kenapa saya dan Anna Jobling jadi kawan walaupun tak selalu berjumpa. Itu saja tentang dia ni,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 31 Jan 2020
Hiburan Wed, 17 May 2023
Hiburan Fri, 14 Apr 2023

Tanda Penghormatan Karya Malaysia, Charly Setia Band Tampil Dengan Single Bukan Ku Tak Sudi

Best jugak lagu legend Bukan Ku Tak Sudi version charly ni!

Figura Fri, 12 Jan 2024

Raih Tempat Kedua Dalam 10 Filem Terbaik Di Netflix, Najib Mohon ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang

Perkara yang dinyatakan dalam filem tersebut dikatakan bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah.

Selebriti Wed, 22 Nov 2023
Hiburan Thu, 7 Dec 2023
Events Tue, 27 Aug 2019

Sanitary Pad Meets Fashion: KOTEX® Batik Collection Stole the Show at KL Fashion Week

Kotex® empowers female artisans from Batik Boutique and up-and-coming designer, Seza Zulkeple, to bring collection to life at KLFW

Featured Sun, 26 May 2024

Bekas Peserta Mentor Nabil Zamanhuri Meninggal Dunia

Innalillahwainnailaihirrojiun🥀

error: Content is protected !!