Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 29, 2024 @ 1:05pm

“Kena Terima Kalau Itu Yang Allah Nak” – Tak Pernah Ulas Isu Penyondol Dengan Suami, Fazura Harap Perkahwinan Bahagia Dunia Akhirat

Pelakon dan penyanyi jelita, Fazura mengaku tidak pernah mengulas mengenai isu penyondol dengan suaminya yang juga pelakon, Fattah Amin.

Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, berkata, dia dan suami mengambil pendekatan untuk tidak menghakimi seseorang apatah lagi mereka tidak tahu apa yang bakal berlaku kelak.

“Kami tak pernah pula discuss pasal benda ni… sebab perempuan pun tak pandang suami saya setakat ini. Dan harapnya sampai bila-bila.

“Kami mengambil pendekatan memang kami tak judge. Sebab kita tak tahu hari ini kita bahagia, esok lusa kita tak tahu ujian Allah macam mana kan? Jadi kita kena sentiasa berdoa dan berharap yang baik.

“Tapi kalau macam jodoh tak panjang, kita pun kena terima lah.

“Sekarang ni alhamdulillah, kami bahagia sekarang dan harapnya bahagia dunia akhirat.

“Tapi kita tak tahu kedepannya macam mana… Jadi kita kena bersedia juga. Kita kena terima kalau itu yang Allah nak untuk kita,” ulasnya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Silaturrahim Raya Fazura yang diadakan di hotel JW Marriot, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam pada itu, pelantun lagu Sayangi Dirimu itu sempat memberikan penjelasan lanjut mengenai dialognya yang tular menerusi drama Lelaki Itu bahawa ‘penyondol atau perampas tetap isteri yang sah”.

Katanya, itu adalah skrip yang ditulis oleh penulis skrip drama dan sebagai seorang pelakon, dia hanya melontarkan apa yang diluahkan dalam naskah tersebut.

“Ramai mungkin yang tak faham, skrip itu adalah olahan kak Erma Fatima dan mungkin dia ada interpretasi sendiri.

“Sebelum ni pun dia pernah cakap, banyak mesej yang dia nak sampaikan dan sebagai seorang pelakon yang dibayar, makan gaji saya hahya ikut apa yang ditulis.

“Jadi kepada yang marah di luar sana tu, kena faham… Saya Fazura dalam cerita tu Imani. Dan sebagai pelakon saya mengambil tanggungjawab untuk melakukan hal tersebut seperti yang diminta penerbit which is kak Erma,” katanya.

Disoal adakah dia menerima kecaman selepas skrip drama tersebut tular, Faz bagaimanapun berkata, dia tidak menerima sebarang kecaman atau kritikan di media sosial mahupun menerima mesej langsung (DM) mengenai hal tersebut.

Terdahulu, kenyataan yang dikeluarkan Faz dalam drama berkenaan dianggap sebagai membela nasib golongan pihak ketiga atau penyondol sekaligus mencetuskan perbualan hangat di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Skrip Fazura ‘Perampas Tetap Isteri Yang Sah’ Dalam ‘Lelaki Itu’ Curi Tumpuan, Netizen Berseloroh: “Makin Semangat Penyondol”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Sun, 9 Sep 2018

Empat Hari Akaun Instagram Dibuka, Jebat Jayden Kumpul Sebanyak 80,800 Pengikut!

Seminggu kelahirannya, Jebat Jayden sudah pun menjadi perhatian ramai di laman sosial Instagram.

Hiburan Mon, 23 Sep 2019

Zen俊倩首创作单曲献已逝挚友!过度感触录音被迫中断

Zen俊倩首推创作单曲《早一点知道》作品献已逝挚友,过度感触录音被迫中断!

Featured Sat, 5 Nov 2022

“Tak Gemar Anak Jadi Artis…” – Mustapha Kamal Berat Hati Nak Lepaskan Anak Berlakon

Pelakon Mustapha Kamal bimbang apabila anak gadisnya, Salsabil Qur’ani atau lebih mesra dipanggil Bil menyatakan hasrat mahu mengikut jejak langkahnya dalam dunia lakonan. Memetik laporan mStar, Mustapha tidak gemar melihat anaknya itu berlakon namun selepas […]

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Chazynash Kini Pegang Watak Utama Dalam Sitkom Terbaharu ntv7

Mengakui terdapat sedikit cabaran berdepan dengan kamera dan sebagainya, bagaimanakah agaknya Chazy dan isteri mengatasi masalah tersebut?

Events Fri, 6 Sep 2019

Menangi Wang Tunai RM 10K Di Karisma Jelajah Suria!

Nak menang duit? Jom ramai-ramai serbu i-City Shah Alam Sabtu ni!

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Persedian Untuk AJL Ke 33, Jaclyn Victor Lebih Kerap Karaoke

Good Luck Jac & Nana dengan Nisan Cinta nanti!

error: Content is protected !!